[KECEDERAAN] PODOLSKI KEMBALI, GILIRAN SAGNA CEDERA

bacary-sagna-injured-vs-tottenham-oktober-2011Arsenal dihimpit kebimbingan menjelang perlawanan penting menentang Everton esok ekoran kecederaan yang menimpa beberapa tonggak utama termasuk Olivier Giroud, Mathieu Flamini, Theo Walcott dan Bacary Sagna menyaksikan Arsene Wenger terpaksa merombak skuad ketika melayan kunjungan Hull City Khamis lalu. Namun, kecederaan yang dialami oleh Giroud dan Flamini tidak serius dan dijangka akan kembali menentang The Toffee.

Namun, bek kanan Arsenal Bacary Sagna masih belum pulih dari kecederaan hamstring dan bakal terlepas aksi menentang Evorton malam ini. Kekosongan itu sudah pasti akan digalas oleh bek muda, Carl Jenkinson yang cemerlang mencipta satu assist buat Bendtner ketika menentang Hull City awal pagi Khamis lalu. Sementara itu, Arsene Wenger turut mendedahkan bahawa Theo Walcott mengalami illness selepas perlawanan hujung minggu lalu.

“Walcott tidak boleh berlatih sebelum perlawanan kami menentang Cardiff City kerana illness,” kata pengurus Arsenal itu.

“Dia hanya menjalani latihan ringan pada Isnin lalu. Dia tidak berlatih sejak beberapa minggu lalu jadi saya tidak bersedia menurunkannya (ketika menentang Hull City). Dia masih belum cergas sepenuhnya.”

Lukas+Podolski+Arsenal+back+on+trainingNamun, Walcott dijangka cergas sepenuhnya menjelang perlawanan menentang Everton. Namun, Arsenal turut mendapat khabar gembira apabila penyerang Jerman, Lukas Podolski kembali menjalani latihan penuh bersama skuad utama Arsenal pada Khamis lalu selepas berehat panang hampir 3 bulan kerana kecederaan hamstring. Penyerang berusia 28 tahun sedia untuk kembali dalam perlawanan menentang Everton atau selewat-lewatnya ketika kunjungan ke Naples Rabu ini.

This entry was posted in Kecederaan and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply