[HOKI] MALAYSIA MARA KE SUKU AKHIR PIALA DUNIA REMAJA

Malaysia-ke-suku-akhir-Piala-Dunia-Remaja-2013Skuad masa depan negara terus mencuri tumpuan apabila mara ke suku akhir Piala Dunia Remaja 2013 di New Delhi, India. Pasukan bimbingan Muhammad Dharma Raj Abdullah turut berjaya mencipta rekod tanpa kalah dalam saingan Kumpulan D. Kejayaan itu merupakan pencapaian yang gagal dilakukan oleh mana-mana pasukan dalam kejohanan ini sejak tahun 1979. Fokus Malaysia kini bagi mengharungi perlawanan suku akhir menentang India atau Korea Selatan.

Dalam perlawanan semalam, Malaysia mengesahkan kedudukan selaku juara kumpulan dengan menewaskan England 4-2 dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan di Stadium Nasional Major Dhyan Chand, New Delhi. Meskipun sudah mengesah tiket ke suku akhir namun Dharma Raj Abdullah menurunkan skuad terbaik bagi mengekalkan rekod tanpa kalah peringkat kumpulan. Malaysia bermula garang dengan melancarkan serangan bertali arus ke kubu England.

Usaha Malaysia berhasil apabila Mohd Zulhairi Hashim apabila menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-15. Penjaga gol England, Harry Gibson tewas lagi pada minit ke-26 menerusi jaringan padang penyerang kebangsaan, Firhan Ashari untuk Malaysia selesa mendahului 2-0. Namun, England tidak mudah mengalah apabila berjaya merapakan jurang gol menerusi pukulan sudut penalti Luke Taylor lima minit berselang untuk kedudkan 2-1 kekal hingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, England terus mengandakan asakan bagi mencari gol penyamaan namun pertahanan negara kental bertahan. Malaysia memanfaatkan kelekaan benteng England apabila Muhammad Rashid Baharom menjaring gol padang pada minit ke-44. Kapten negara, Mohd Fitri Saari menghadiahkan gol ke-4 negara pada minit ke-57 menerusi gerakan solo sebelum melepaskan satu pukulan kencang ke sudut kanan gawang England.

Meskipun England cuba bangkit dengan gol ke-2 pada minit ke-65 menerusi pukulan sudut penalti Phil Roper namun kedudukan 4-2 itu kekal hingga tamat perlawanan. Terdahulu, Malaysia cemerlang menundukan Afrika Selatan 2-1 dan mengenepikan cabaran New Zealand 3-2 pada aksi kumpulan D. Pencapaian ini merupakan antara yang terbaik buat Skuad Projek 2013 itu selepas mencerahkan peluang untuk menamatkan saingan di kelompok lima terbaik.

This entry was posted in Hoki and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply