[EPL] PELUANG ARSENAL LEBARKAN JURANG MATA

Peluang Arsenal untuk melebarkan jurang dengan pencabar terdekat, Manchester City dan Chelsea kepada 7 mata selepas kedua-dua pasukan keciciran mata dalam perlawanan semalam. The Gunners berpeluang mengukuhkan kedudukan di persada Liga Perdana Inggeris dengan syarat perlu menewaskan Everton yang kini berada di kedudukan di kedudukan kelima liga dengan mengumpul 27 mata setakat ini.

Arsenal bakal menerima kepulangan semula Jack Wilshere dan Keiran Gibbs yang direhatkan ketika menentang Hull City pada Khamis lalu. Olivier Giroud dan Mathieu Flamini juga kembali ke dalam skuad selepas pulih dari kecederaan ringan ketika menentang Cardiff City. Theo Walcott dan Lukas Podolski juga turut disenaraikan dan kemungkinan besar berada di bangku simpanan. Namun, Bacary Sagna terlepas perlawanan hujung minggu ini kerana kecederaan hamstring.

Di kem Everton pula sudah pasti kehilangan khidmat kapten pasukan, Leighton Baines yang akan terus direhat untuk 3-4 minggu akan datang selepas mengalami kecederaan buku lali. Penyerang Ivory Coast, Aruna Kone dan pemain tengah Republik Ireland, Darron Gibson terus diketepikan untuk tempoh jangka masa panjang. Namun, pertahanan tengah Paraguay, Antolin Alcaraz dilaporkan sudah pulih dari kecederaan groin yang dialaminya.

.PERCATURAN TAKTIKAL

Arsene Wenger dijangka akan menurunkan skuad yang sama ketika menewaskan Cardiff City hujung minggu lalu kecuali Bacary Sagna yang disisihkan kerana kecederaan. Wojciech Szczesny bakal terus mengawang gawang The Gunners sementara Laurent Koscielny dan Per Mertesacker bersama-sama Kieran Gibbs dan Carl Jenkinson membentuk benteng pertahanan Arsenal. Mikel Arteta pula yang bertindak selaku defensive midfielder akan terus diberi kepercayaan sebagai lifewire di bahagian tengah Arsenal.

Aaron-Ramsey-vs-Everton-April-2013Aaron Ramsey akan memainkan peranan selaku central midfielder manakala Mesut Ozil pula akan terus bertindak selaku attacking midfielder yang bakal merencana serangan Arsenal. Bintang muda England, Jack Wilshere akan bergerak di bahagian sayap kanan manakala Santi Cazorla pula memainkan peranan di posisi sayap kiri. Sementara itu, Olivier Giroud kekal selaku center foward dalam merobek gawang The Toffees.

Sementara itu, Roberto Martinez akan mempertaruhkan skuad yang sama ketika menewaskan Manchester United di Old Trafford awal pagi Khamis lalu. Tim Howard kekal selaku penjaga gol Everton manakala Slyvain Distin dan Phil Jagielka bersama-sama Seamus Coleman dan Bryan Oviedo bakal bergandingan back four Everton. Gareth Barry dan James McCarthy pula bertindak selaku defensive midfielder.

Pamin muda England, Ross Barkley pula akan terus diberikan kepercayaan untuk merencana serangan The Toffees. Sementara itu, Kevin Mirrallas akan terus bertindak selaku pemain sayap di bahagian sayap kanan manakala Steven Pienaar pula menggerakan serangan selaku pemain sayap kiri. Penyerang muda Belgium, Romelu Lukaku kekal selaku center foward.

Laurent Koscielny akan diberi tugasan merantai pergerakan penyerang lincah, Romelu Lukaku daripada merobek gawang Arsenal manakala Mikel Arteta pula membayangi pergerakan Ross Barkley. Per Mertesacker pula bakal bertindak sebagai sweeper dalam menyekat serangan Everton. Aaron Ramsey pula akan terus bertindak selaku box-to-box midfielder yang banyak membantu serangan The Gunners.

Playmaker Arsenal, Meust Ozil pula akan dibayangi oleh dua midfielder Everton, James McCarthy dan Gareth Barry. McCarthy juga akan turut mengawal pergerakan Ramsey daripada mengancam gawang Everton. Santi Cazorla pula akan dibayangi oleh Seamus Coleman di bahagian pertahanan kanan The Toffees. Slyvain Distin pula akan melakukan man-on-man marking ke atas Olivier Giroud dengan Phil Jagielka bertindak selaku sweeper bagi pertahanan Everton.

Pengurus Everton ini sekali lagi akan mengamalkan corak permainan yang lebih bertahan sambil mengharap serangan balas pantas di bahagian sayap menerusi Pienaar dan Mirallas serta cuba memerangkap pertahanan Arsenal menerusi hantaran-hantaran jauh kepada Lukaku. Sementara itu, Barry dan McCarthy pastinya akan berkerja keras dalam menyerap setiap asakan dari bahagian tengah Arsenal. Arsenal perlu menjaringkan gol awal bagi mengubah tempoh permainan.

Sementara itu, Arteta terus bertindak selaku deep lying-playmaker Arsenal. Wenger mempertaruhkan Ramsey dan Ozil untuk menekan benteng pertahan Everton dengan dibantu gerakan bahagian sayap oleh Cazorla dan Wilshere. Cazorla dan Wilshere akan bertukar-tukar posisi dengan Mesut Ozil bagi mengelirukan barisan pertahanan Everton yang dijangka akan mengamalkan taktikal zonal marking.

BARISAN KEMUNGKINAN

Arsenal v EvertonTarikh : 8 Disember 2013

Waktu : 12.00 malam (waktu Malaysia)

Venue : Stadium Emirates, London

Pengadil : Howard Webb

Ramalan : Arsenal (2) vs Everton (0)

FAKTA MENARIK

  • Arsenal tidak pernah tewas dalam 14 pertemuan terakhir menentang Everton dengan mencatatkan 8 kemenangan dan 4 seri.
  • Everton hanya tewas sekali musim ini di tangan Manchester City pada 5 Oktober 2013.
  • The Gunners berjaya memenangi 8 perlawanan terakhir yang diadili oleh Howard Webb.
  • Kali terakhir The Toffees menewaskan Arsenal di laman sendiri pada Januari 1996.
  • Benteng pertahanan Arsenal paling sedikit dibolosi musim ini dengan hanya melepaskan 10 gol selepas 14 perlawanan.
  • Pertahanan Everton paling banyak menjaringkan gol (6) berbanding pasukan lain dalam Liga Perdana Inggeris setakat ini.
  • Arsenal mengekalkan rekod tanpa bolos dalam 6 perlawanan sejak kali terakhir tewas 0-1 kepada Manchester United di Old Trafford.
  • Mesut Ozil merupakan pemain yang paling banyak menghasilkan assist (6) dalam 10 penampilan.
  • Romelu Lukaku merupakan pemain yang memiliki percubaan tepat sebanyak 72% secara purata.

This entry was posted in Pra-Perlawanan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply