[CORETAN] TONY ADAMS INSPIRASI SAYA – PER MERTESACKER

Per-Mertesacker-Arsenal-v-Stoke-City-2013Meskipun dibesarkan di Hanover, Jerman namun Per Mertesacker mengakui jatuh cinta dengan jersi tradisi Arsenal dan menjadikan lagenda Arsenal, Tony Adams sebagai salah satu sumber inspirasinya. Pertahanan berusia 29 tahun itu menyertai Arsenal dari Werder Bremen pada 31 Ogos 2011 dengan yuran perpindahan dianggarkan bernilai £8.4 juta. Ketika berusia 10 tahun, Mertesacker telah berkunjung ke rumah ibu saudaranya di England dan diberi pilihan untuk dihadiahkan jersi Arsenal atau Manchester United.

“Saya telah memilih jersi Arsenal manakala abang saya mahukan jersi Man United. Saya sangat menyukai Tony Adams. Tetapi sukar bagi saya untuk memilihnya sebagai idola saya,” kata Mertesacker kepada Daily Telegraph.

“Itu yang membuatkan saya berasa teruja menjadi sebahagian daripada Arsenal. Saya sentiasa berharap dapat menyertai Arsenal kerana terdapat ikatan antara kami.”

“Panggilan daripada Arsenal merupakan antara perkara penting dalam karier saya. Saya telah berkata kepada diri saya, ‘Saya harus pergi ke sana. Saya sudah mempunyai jersi mereka.”

Gandingan-Per-Mertsacker-dan-Laurent-KoscielnyMusim ini, Per Mertesacker berjaya membentuk gandingan mantap bersama Laurent Koscielny di bahagian pertahanan The Gunners dengan hanya melepaskan 10 gol dalam 14 perlawanan liga. Meskipun mengalami kesukaran pada musim pertama bersama Arsenal namun Mertesacker mengakui bahawa kepercayaan Arsene Wenger kepada dirinya telah membantu meningkatkan prestasi kepada tahap terbaiknya ketika ini.

“Saya menghadapi kesukaran pada musim pertama saya. Saya sering melakukan kesilapan setiap perlawanan,” kata pertahanan antarabangsa Jerman itu.

“Tetapi Arsene (Wenger) sering menyokong saya setiap kali saya melakukan kesalahan. Dia mengatakan bahawa saya harus mengatasi dengan cepat dan membidas kritikan terhadap saya.”

“Itu merupakan satu perjuangan yang sukar dan saya bangga berada di sini. Saya sentiasa yakin dengan kualiti yang dimiliki oleh saya untuk menjadi pemain utama dalam Liga Perdana Inggeris,” kata Mertesacker lagi.

This entry was posted in Coretan and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply