[CORETAN] TERIMA KASIH PENYOKONG CARDIFF CITY – RAMSEY

Aaron-Ramsey-respect-Cardiff-City-fanBintang muda Arsenal, Aaron Ramsey gembira dengan reaksi yang ditunjukan oleh penyokong-penyokong The Bluebirds. Pemain tengah berusia 22 tahun itu turut mengucapkan terima kasih kepada penyokong-penyokong Cardiff City atas sambutan hangat kepadanya dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris hujung semalam. Aaron Ramsey merupakan produk akademi bola Cardiff City sebelum menyertai The Gunners pada 13 Jun 2008.

Dalam perlawanan di Stadium Cardiff City itu, pemain antarabangsa Wales itu telah meledak 2 gol ketika membantu Arsenal menewaskan bekas kelabnya itu. Malah Ramsey yang tidak meraikan jaringannya itu telah mendapat tepukan gemuruh daripada penyokong pasukan lawan. Ramsey melahirkan rasa terharu atas sambutan hangat dan mendapat standing-ovation daripada penyokong-penyokong Cardiff City.

“Ini merupakan salah satu detik yang tidak saya dapat lupakan,” kata Ramsey kepada Sky Sports.

“Ini merupakan perkara yang sangat mengembirakan saya. Meskipun saya tidak menunjukan saya gembira menjaringkan gol (meraikan) namun setiap orang di stadium menunjukan reaksi gembira.”

Aaron-Ramsey-and-Kieran-Gibbs-2007“Saya gembira dengan cara sambutan mereka (penyokong Cardiff City) ketika saya menjaringkan gol (untuk Arsenal). Secara peribadi, saya bangga mendapat sambutan yang hebat seperti yang saya dapat hari ini.”

Aaron Ramsey itu merupakan produk akademi Cardiff City selebum menyertai Arsenal pada 2008. Karier bola sepaknya bagaikan terhenti apabila mengalami kecederaan serius pada Februari 2010 selepas kakinya patah diterjah oleh pertahanan Stoke City, Ryan Shawcross. Namun, Ramsey bangkit dari episod duka itu untuk menjadi antara pemain terbaik dalam Liga Perdana Inggeris musim ini. Meskipun kini menyarung jersi The Gunners namun Ramsey mengakui dirinya masih menghormati bekas kelabnya itu.

“Saya mendapat banyak penghormatan daripada mereka (penyokong Cardiff City). Ini merupakan kelab di mana saya memulakan karier tetapi mereka menyedari bahawa saya perlu melangkah pergi untuk mengembangkan karier saya. Mereka benar-benar menghargai saya dan saya menghargai mereka dengan tidak meraikan gol itu,” kata Ramsey lagi.

This entry was posted in Coretan and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply