[CORETAN] MESUT OZIL DEDAH STRATEGI ARSENE WENGER

Arsenal training session 2013-14Bintang tengah Arsenal, Mesut Ozil mendedahkan rahsia kejayaan The Gunners menguasai tahta Liga Perdana Inggeris sejak minggu ke-4 hingga minggu ke-14 kerana mematuhi arahan yang diberikan oleh Arsene Wenger. Meskipun Arsenal bermula hambar selepas dimalukan Aston Villa 1-3 di Stadium Emirates pada perlawanan pembukaan liga namun The Gunners bangkit dengan mempamerkan aksi konsisten dan bertenaga untuk gah mendominasi carta liga.

Skuad bimbingan Arsene Wenger kini selesa berada di persada liga dengan mengumpul 34 mata selepas 14 perlawanan liga mengatasi pencabar terdekat, Chelsea di tempat kedua yang ketinggalan 4 mata. Malah, Arsenal turut menjaringkan 29 gol dan hanya melepaskan 10 gol setakat ini yang merupakan antara pencapaian terbaik Arsenal. Menurut playmaker Jerman itu, Wenger mengarahkan pemain-pemain di barisan hadapan supaya bergerak bebas dan bertukar-tukar posisi ketika melancarkan serangan.

“Pengurus (Wenger) meminta kami untuk bergerak bebas dan bertukar-tukar posisi. Kadang-kadang, saya berpindah ke bahagian sayap dan Sanzti Cazorla memainkan peranan di bahagian tengah,” kata Ozil kepada FourFourTwo.

“Kadang-kadang tempat itu diisi oleh Tomas Rosicky. Strategi membuatkan lawan menghadapi kesukaran untuk menyekat pergerakan kami.”

“Saya untuk bermain dengan cara yang sama ketika dalam skuad kebangsaan (Jerman). Strategi ini menjadi salah satu faktor kecemerlangan kami dan berjaya menjaringkan banyak gol,” kata playmaker berusia 24 tahun itu lagi.

This entry was posted in Coretan and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply