[CORETAN] LANGSIR ADALAH MASALAH UTAMA CAZORLA DI ENGLAND

Santi-Cazorla-goal-vs-Aston-Villa-2013Playmaker Arsenal, Santi Cazorla mengakui dirinya dan keluarga menghadapi masalah besar ketika pertama kali tiba di England. Pemain antarabangsa Sepanyol berusia 28 tahun itu menyertai Arsenal pada musim panas 2012 dari kelab La Liga, Malaga CF. Cazorla memulakan debut musim pertama bersama The Gunners dengan cemerlang apabila menjaringkan 12 gol dan menghasilkan 11 assist dalam 46 perlawanan selain turut dipilih selaku Pemain Terbaik Arsenal bagi musim 2012/13.

Musim ini Cazorla bermula agak hambar ekoran dihimpit masalah kecederaan buku lau pada awal musim lalu sekaligus menyaksikan pemain tengah Sepanyol itu sekadar beraksi dalam 16 perlawanan serta hanya berjaya menjaringkan satu gol setakat ini. Baru-baru ini, Cazorla mendedah bahawa masalah utama yang dihadapinya ialah langsir yang jarang di rumahnya ketika menyesuaikan diri dengan kehidupan di England.

“Ia benar-benar seperti neraka,” kata Santi Cazorla kepada FourFourTwo baru-baru ini.

“Langsir di sini sangat berbeza. Di Sepanyol, kami sudah biasa tidur dalam keadaan yang gelap gelita kerana matahari sangat cerah pada waktu pagi. Malah, kami tidak dapat melihat tangan kami sendiri.”

Santi+Cazorla+Mikel+Arteta“Ketika pertama kali saya menjejak kaki di sini, saya bangun pada pukul 6 pagi dan pergi ke tempat latihan. Ramai orang bertanyakan kepada saya adakah saya berjaga malam kerana saya kelihatan sangat mengantuk.”

“Mikel Arteta memberitahu kepada saya bahawa itu sudah menjadi kelaziman bagi rumah di England dan saya perlu mencari langsir yang gelap. Kini, saya gembira dengan kehidupan di sini,” kata Cazorla lagi.

This entry was posted in Coretan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply