[CORETAN] BOLA SEPAK JALANAN BENTUK KARIER MESUT OZIL

Bintang tengah Jerman, Mesut Ozil mendedahkan bahawa perpindahnya ke Stadium Emirates telah mengingatkannya kepada kehidupan zaman kanak-kanaknya. Playmaker berusia 25 tahun itu menyertai Arsenal dari Real Madrid pada hari-hari jendela perpindahan musim panas lalu dengan yuran perpindahan sebanyak £42.5 juta. Meskipun baru beraksi dalam 18 perlawanan bersama Arsenal, Mesut Ozil sudah meledak 4 gol dan mencipta 8 assist setakat ini.

Memori zaman kanak-kanak Ozil terimbas kembali ketika bersama Yayasan Arsenal yang menganjurkan program ‘Free From Torture’ di mana menjadikan elemen bola sepak sebagai terapi dalam sukan. Program ini memberi peluang kepada pelarian-pelarian yang hidup serba kekurangan untuk bermain bola sepak dengan kemudahan yang lebih baik. Ozil bersama rakan senegaranya, Per Mertesacker gembira mengendalikan program ini yang merupakan sebahagian daripada aktiviti kemasyarakatan Arsenal.

Mesut Ozil mendedahkan dirinya bermula sebagai pemain bola sepak jalanan sekitar di Gelsenkirchen ketika zaman kanak-kanaknya. Permainan tersebut yang yang dikenali sebagai ‘monkey cage’ telah membantu meningkatkan kemahirannya dari segi kawalan bola dan menyerap tekanan daripada pihak lawan. Pemain berusia 25 tahun kemudiannya menyertai beberapa kelab tempatan di Gelsenkirchen sebelum menghabiskan tempoh 5 tahun bersama akademi bola sepak Rot-Weiss Essen.

“Ini mengingatkan saya kepada (zaman kanak-kanak). Ketika saya bermain sebagai seorang kanak-kanak di mana saya bermain di permukaan yang kasar dan terdapat batu yang sangat menyakitkan jika terjatuh. Namun, itu yang telah membentuk permainan saya,” kata bintang antarabangsa Jerman itu.

“Sebagai pemain bola sepak, kami jarang keluar dan bersiar-siar. Ia sesuatu yang menarik dapat menyaksikan suasana ini.”

Mesut-Ozil-vs-Borussia-Dortmund-2013“Sebenarnya saya telah mebuat keputusan yang tepat dengan menyertai Arsenal. Apabila pihak menyakinkan saya untuk berada di sini dan semangat kekeluargaan di Arsenal telah menyakinkan saya (berhijrah ke Arsenal). Itu merupakan sebahagian besar daripada apa yang anda saksikan.”

Mesut Ozil turut mengakui gembira dengan kehidupan di utara London sejak meninggalkan Los Blancos awal September lalu. Perancang tengah berusia 25 tahun itu semakin menyesuaikan diri dengan corak permainan Arsenal dan akan berusaha untuk membantu The Gunners menjulang kejuaraan musim ini. Ozil mendedahkan punca perpindahannya ke Arsenal lantaran sudah tidak merasai sebarang tekanan di Real Madrid.

“Saya bersama di Real Madrid dengan tekanan yang besar kerana kami harus turun untuk kemenangan mutlak setiap perlawanan,” kata Ozil lagi.

“Selepas bermain 3 tahun di sana, tekanan itu tidak mengancam saya lagi. Jadi saya tidak merasakan sebarang tekanan lagi (di Madrid).”

“Perkara kedua ialah secara asasnya saya mahu melakukan apa yang saya suka. Saya sukakan bola sepak dan saya keluar dari sana untuk bermain bola sepak kerana saya tidak merasakan tekanan lagi.”

“Itu juga yang menjadi sebab mengapa kita tidak dapat beraksi baik tanpa tekanan kerana kita tidak melakukan apa-apa untuk mengatasi tekanan itu,” kata pemain kelahiran Jerman itu lagi.

This entry was posted in Coretan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply