[BULETIN] TONNY SANABRIA, ALVARO VADILLO DALAM RADAR ARSENAL

Tonny-Sanabria-striker-Barcelona-BMeskipun memiliki rangkaian pemain muda berbakat namun Arsenal terus berusaha untuk menandatangani beberapa pemain muda bagi membina skuad masa depannya yang mantap. The Gunners kini mengintai penyerang muda Barcelona, Tonny Sanabria pada jendela perpindahan Januari ini. Pemain berusia 17 tahun itu turut mencuri tumpuan apabila sudah beraksi dalam 3 perlawanan bersama skuad kebangsaan Paraguay.

Perwakilan Arsenal dilaporkan bakal tiba di Barcelona dalam masa terdekat untuk perbincangan lanjut dalam usaha menandatangani muda itu. Namun The Gunners perlu mengaktif klausa pembelian sebanyak £2.5 juta untuk perbincangan bagi mendapatkan Tonny Sanabria. Selain Arsenal, kelab gergasi Itali, AS Roma turut berminat mendapatkan penyerang kelahiran Paraguay ini pada jendela perpindahan Januari ini.

Arsenal juga dilaporkan telah memulakan langkah bagi menandatangani pemain sayap Sepanyol, Alvaro Vadillo dari Real Betis. Kecederaan lutut yang serius menimpa pemain berusia 19 tahun itu menyaksikan perpindahannya ke Manchester United pada musim panas 2012 yang lalu terpaksa dibatalkan. Arsene Wenger bersedia untuk mengeluarkan dana yang besar sebanyak €20 juta untuk menandatangan Alvaro Vadillo. Pemain sayap kiri itu turut menyatakan minat untuk menyertai Arsenal.

“Arsenal masih belum menghubungi saya untuk tetapi Alvaro sangat berminat untuk bermain untuk Arsenal,” kata Jose Maria Sanchez de Puerta, agen Alvaro Vadillo.

“Dia merupakan seorang pemain yang memiliki potensi yang besar pada masa hadapan dan kaitannya dengan Arsenal adalah sesuatu yang wajar.”

Alvaro Vadillo merupakan pemain kedua termuda yang beraksi dalam saingan La Liga pada 28 Ogos 2011 ketika berusia 16 tahun 346 hari. Pemain sayap Sepanyol itu turut dikaitkan dengan perpindahan ke Tottenham Hotspurs pada jendela perpindahan musim panas lalu namun dia menegaskan hanya akan meninggalkan Real Betis untuk kelab yang mampu memberi peluang kepadanya beraksi di pentas Liga Juara-Juara Eropah.

This entry was posted in Buletin and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply