[BULETIN] JACK WILSHERE SAH DIGANTUNG 2 PERLAWANAN

Jack-Wilshere-disappointed-lost-to-Man-CityBintang tengah Arsenal, Jack Wilshere bakal menjalani pengantungan dua perlawanan oleh Persatuan Bola Sepak (FA) Inggeris selepas didapati bersalah menunjukan isyarat lucah kepada penyokong-penyokong Manchester City hujung minggu lalu. Meskipun pengadil perlawanan, Martin Atkinson terlepas pandang terhadap tindakan Wilshere itu namun pemain berusia 21 tahun itu dikesan melakukan kesalahan itu menerusi rakaman televisyen dalam perlawanan liga di Stadium Etihad ketika Arsenal tewas 3-6 kepada The Citizen.

Pengantungan tersebut menyaksikan Jack Wilshere bakal terlepas pertemuan penting menentang musuh setempat,Chelsea hujung minggu ini serta perlawanan ‘Boxing Day’ menentang West Ham United di Upton Park pada 26 Disember nanti. Tiga orang panel bebas telah sepakat menjatuh hukuman pengantungan mandatori dua perlawanan ke atas Wilshere serta rayuan pengurangan hukuman oleh Arsenal juga telah ditolak oleh FA Inggeris.

Menurut kenyataan daripada FA Inggeris : “Pemain Arsenal, Jack Wilshere telah digantung 2 perlawanan oleh jawatankuasa panel bebas. Wilshere telah didapati bersalah oleh FA Inggeris kerana berkelakuan atau menggugat atau menunjukan isyarat tidak sopan semasa perlawanan antara Manchester City vs Arsenal di Stadium Etihad pada 14 Disember 2013. Kejadian itu gagal dilihat semasa perlawanan berlangsung tetap dikesan menerusi rakaman video.”

Jack-Wilshere-isyarat-lucahSementara itu, pengerusi FA Inggeris, Greg Dyke melahirkan kekecewaannya terhadap tindakan Jack (Wilshere) yang dilihatnya sebagai watak penting bagi skuad Arsenal dan England. Greg Dyke mengakui bahawa tindakan pemain berusia 21 tahun didorong oleh provokasi daripada penyokong-penyokong pasukan lawan namun sebagai seorang pemain professional Jack (Wilshere) tidak seharus bertindakan diluar batasan seperti itu.

“Sebagai seorang penyokong, saya turut bersimpati kepada pemain-pemain kerana mereka menerima provokasi daripada penyokong lawan. Pemain-pemain berkemungkingan akan hilang pertimbangan namun dia (Wilshere) harus belajar daripada insiden ini,” Dyke menerusi talkSPORT.

“Dia (Wilshere) menerima hukuman setimpal (atas tindakannya) dan harus belajar mengatasinya pada masa hadapan. Anda sering melihat ramai pemain yang sangat emosional ketika usia muda namun berkurangan seiring pertambahan usia.”

“Mereka harus belajar dalam mencapai kematangan. Itu merupakan sebahagian daripada kehidupan,” kata pengerusi FA Inggeris itu lagi.

This entry was posted in Buletin and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply