[BULETIN] CARL JENKINSON DITAHAN POLIS SEBELUM PERLAWANAN

Carl-Jenkinson-ditahan-polisPemain muda Arsenal, Carl Jenkinson telah ditahan polis ketika dalam perjalanan ke Stadium Emirates sebelum perlawanan menentang Hull City awal pagi semalam. Namun tindakan itu merupakan sebahagian daripada rutin pemeriksaan secara rawak dan Jenkinson tidak melakukan sebarang kesalahan traffik. Malah, pengawai polis yang bertugas, Sarjan Richard Berns turut mengambil peluang bergambar kenangan dengan pemain muda Arsenal itu.

“Itu merupakan sebahagian daripada kempen Met-wide yang mengambil tindakan terhadap pemamdu yang tidak mempunyai insuarans,” kata Sarjan Richard Berns kepada Mirror UK.

“Carl tidak melakukan sebarang kesalahan dan kami sememangnya memeriksa ratusan kenderaan setiap hari. Itu yang terjadi apabila dia menjadi salah seorang daripada mereka.”

“Beberapa rakan sekerja saya juga merupakan penyokong Arsenal. Jadi, ia merupakan sesuatu yang hebat dapat berjumpa dengannya. Saya salah seorang yang bergambar dengannya.”

Sarjan Bern turut mengemaskini status tersebut menerusi akaun twitter peribadinya. Dalam perlawanan menentang Hull City itu, bek kanan muda England itu telah turun beraksi mengantikan Bacary Sagna yang mengalami kecederaan hamstring. Carl Jenkinson mempamerkan aksi cemerlang dengan membatu pertahanan Arsenal daripada dibolosi serta mencipta satu assist buat Nicklas Bendtner menjaringkan gol.

This entry was posted in Buletin and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply