[BULETIN] ARSENE WENGER SEDIA GILIRKAN PEMAIN ARSENAL

Arsenal-midfielder-vs-Cardiff-2013Pengurus Arsenal, Arsene Wenger mengatakan kesediaan untuk menggilirkan pemain-pemainnya menjelang jadual perlawanan yang padat. The Gunners terpaksa mengharungi 6 perlawanan Liga Perdana Inggeris serta satu aksi Liga Juara-Juara Eropah menentang Napoli dalam bulan Disember ini. Percaturan Wenger itu ada asasnya bagi mengimbangi situasi semasa ekoran kepulangan beberapa pemain yang baru pulih dari kecederaan.

“Saya sedia mengilirkan di tahap genting ini. Kami mempunyai sebarang pertunjuk dan data untuk semua pemain yang sedia untuk turun beraksi,” kata Wenger kepada Arsenal.com.

“Kami akan menghadapi banyak perlawanan di mana beberapa posisi saya akan melakukan perubahan. Pertahanan tengah merupakan posisi yang harus diberi perhatian. Posisi pertahanan tengah ini lebih memerlukan konsentrasi berbanding faktor fizikal.”

“Apabila anda bermain dalam perlawanan yang cukup pada, kami menjangkakan akan kehilangan 1-2 pemain. Dalam setiap perlawanan saya akan mengilirkan (pemain).”

“Saya akan cuba menghadkan bilangannya kerana saya tidak mahu menganggu keseimbangan dalam pasukan. Jadi saya hanya akan melakukannya dalam setiap perlawanan.”

Vermaelen-Rosicky-Walcott-Chu-Young-trainingPengurus berbangsa Perancis itu sedia untuk merehatkan Mesut Ozil, Jack Wilshere dan Kieran Gibbs menjelang perlawanan menentang Hull City awal pagi esok. Sementara itu, Bacary Sagna pula turut diketepikan kerana mengalami masalah hamstring. Tomas Rosicky, Theo Walcott, Nacho Monreal dan Carl Jenkinson dijangka akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan dalam skuad utama Arsenal menentang The Tigers.

Namun, Arsene Wenger tetap waspada dengan ancaman Hull City yang mengejutkan Liverpool hujung minggu lalu. Skuad bimbingan Steve Bruce itu berjaya mencatatkan kemenangan 3-1 ke atas The Reds di KC Stadium. Pengurus Arsenal itu mengakui tidak akan memandang rendah dengan kemampuan Hull City dan bertuah kerana mendapat amaran awal menjelang perlawanan ke-14 liga esok.

“Mereka (Hull City) tidak mempunyai ketakutan. Mereka cukup kuat untuk memberi cabaran dan sangat dinamik di bahagian serangan,” kata Wenger lagi.

“Mereka sangat bagus ketika perubahan daripada bertahan kepada serangan dan set-pieces mereka agak berbahaya.”

“Kami bertuah ketika ini, kami telah mendapat amaran yang bagus. Kami telah mendapat amaran sebelum perlawanan menentang Cadiff dan sekali lagi amaran daripada persembahan Hull City ketika menentang Liverpool,” kata pengurus berusia 64 tahun itu lagi.

This entry was posted in Buletin and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply