[BULETIN] AARON RAMSEY PEMAIN TERBAIK BULAN NOVEMBER

Aaron-Ramsey-vs-Cardiff-2013Aaron Ramsey terus bersinar musim ini dengan merangkul anugerah Pemain Terbaik Arsenal bagi bulan November. Kejayaan merangkul anugerah ini merupakan yang ke-5 berturut-turut sejak April lalu. Pemain tengah Wales itu menampilkan aksi yang cemerlang dalam membantu Arsenal kekal di persada saingan Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara Eropah setakat ini.

Bintang muda berusia 22 tahun itu memulakan saingan bulan November dengan meledak satu gol cantik ketika menewaskan Liverpool di Stadium Emirates pada 6 November lalu serta turut menjaringkan satu gol ketika kunjungan Arsenal ke Dortmund empat hari berikutnya. Ramsey menamatkan persembahan cemerlangnya pada bulan November dengan meledak dua gol ketika membantu Arsenal menewaskan Cardiff City 3-0 di Wales.

Arsenal-celebration-vs-Marseille-2013Pemain antarabangsa Wales itu menerima 48.1% undian mengatasi penjaga gol utama Arsenal, Wojciech Szczesny yang berada di tempat kedua dengan 26.3% undian manakala pertahanan antarabangsa Jerman, Per Mertesacker di kedudukan ketiga dengan 8.8% undian. Pemilihan ini berdasarkan undian yang dilakukan oleh laman rasmi Arsenal.com.

Sementara itu, jaringan Aaron Ramsey ketika menentang Liverpool telah dipilih sebagai Gol Terbaik bagi bulan November yang lalu. Pemain tengah Wales itu menerima umpanan daripada Mesut Ozil sebelum melepaskan sepakan volley menewaskan penjaga gol Liverpool, Simon Mignolet. Jaringan Ramsey itu menerima 49% undian mengatasi jaringan Jack Wilshere ketika menentang Marseille yang berada di tempat kedua dengan mengumpul 23% undian. Gol Santi Cazorla ketika menentang Liverpool berada di tempat ketiga dengan 9% undian.

Sumber : www.arsenal.com

This entry was posted in Buletin and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply