[BERITA] HARIMAU MUDA BANGKIT BENAM FC RYUKYU

Harimau muda latihan ke Sukan Sea 2013Harimau Muda mendapat tonik terbaik sebelum berlepas ke Myammar apabia menewaskan kelab Jepun, FC Ryukyu 3-1 dalam perlawanan pemanas badan terakhir di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya semalam. Skuad Harimau Muda kini dalam fasa terakhir sebelum memulakan sepak mula Sukan Sea ke-27 di Myammar. Kemenangan tersebut pastinya akan melonjakkan semangat anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee untuk mempertahankan pingat emas yang dimenangi pada temasya 2009 dan 2011.

Meskipun kehilangan khidmat beberapa tonggak utama kerana kecederaan termasuk Wan Zack Haikal Wan Nor, Fandi Othman, Junior Eldstaldan Gary Steven Robbat namun Ong Kim Swee masih tenang mencongak strategi  di Sukan Sea Myammar 2013 nanti. Dalam perlawanan semalam, Harimau Muda bermula baik dengan melakukan beberapa percubaan ke kubu FC Ryukyu namun gagal memperolehi gol pendahuluan.

Namun, kelekaan benteng pertahanan Harimau Muda yang membiarkan pemain FC Ryukyu tidak dikawal rapi pantas dihukum oleh Takahashi Shunta yang meledak gol pertama perlawanan pada minit ke-13. Gol pelawat itu mneyaksikan mereka beraksi di bawah tekanan dengan mensia-siakan dua peluang keemasan pada minit ke-35 dan 36 untuk menyaksikan kedudukan 0-1 kekal hingga tamat separuh masa pertama.

Babak kedua menyaksikan Harimau Muda tampil berbeza dengan berjaya meledak gol penyamaan menerusi tandukan A. Thamil Arasu pada minit ke-47. Keyakinan dalam skuad kebangsaan mula terserlah apabila berupaya mendapatkan jaringan kedua pada minit ke-50 hasil rembatan Mohd. Rozaimi Abd. Rahman sebelum penyerang kelahiran Sabah itu menambah gol ketiga ketika masa kecederaan.

Kempen Malaysia untuk memburu kejuaraan hatrik Sukan SEA bermula dengan menentang Brunei dalam aksi pembukaan Kumpulan A pada 10 Disember. Selepas berehat dua hari, mereka akan menentang Laos pada 13 Disember, diikuti Singapura (15 Disember) dan Vietnam dalam saingan terakhir kumpulan pada 17 Disember. Seandainya berjaya melangkah ke separuh akhir, Harimau Muda akan turun ke padang pada 19 Disember, diikuti perlawanan akhir pada 21 Disember.

SENARAI PENUH PEMAIN MALAYSIA KE SUKAN SEA KE-27 MYAMMAR 2013

PENJAGA GOL : Mohd Farhan Abu Bakar, Mohd Izham Tarmizi Roslan

PERTAHANAN : Muhammad Zubir Mohd Azmi, Reuben Thayaparan a/l Kathiripillai, Shahrul Mohd Saad, Mohd Fadhli Mohd Shas, Wan Ahmad Amirzafran Wan Nadris, Nazirul Naim Che Hashim, Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham, Kenny Pallraj a/l Devaragi

TENGAH : Mohd Irfan Fazail, Nazmi Faiz Mansor, Ashri ChuChu, Mohamad Nasir Basharuddin, Sivanesan a/l Shanmugam, Saarvindran a/l Devandran

PENYERANG : Thamil Arasu a/l Ambumamee Mohd Rozaimi Ab Rahman, Ahmad Hazwan Bakri, Izzaq Faris Ramlan

This entry was posted in Berita and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply