[BERITA] BADHRI RADZI MAHU MEWAKILI SKUAD KEBANGSAAN

Badhri-Radzi-Piya-pemain-paling-bernilai-2013Kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi tidak dapat menyembunyikan impian untuk kembali menyarung jersi skuad kebangsaan. Meskipun beraksi cemerlang dan tampil selaku antara pemain tengah terbaik di Malaysia ketika ini namun pemain berusia 31 tahun itu sering disisihkan daripada skuad kebangsaan di bawah kendalian Dato’ K. Rajagopal. Baru-baru ini, Badhri Radzi telah dinobat sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) 2013 pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100 Plus-Astro Arena-FAM. 

Badhri Radzi atau lebih mesra dipanggil ‘Piya’ mengetepikan dominasi penyerang Johor Darul Takzim, Norshahrul Idlan Talaha yang mengungguli anugerah Pemain Paling Bernilai sejak tiga tahun lalu. Badhri Radzi juga turut diumumkan sebagai Pemain Tengah Terbaik 2013. Pemain berusia 31 tahun itu berkata, dia amat berharap, kemenangannya mampu membuka mata banyak pihak dan melayakkannya kembali menganggotai skuad Harimau Malaya.

““Itu saya tidak boleh cakap apa-apa (mengapa tidak dipanggil sebelum ini). Mungkin saya tiada rezeki untuk diserap walaupun sudah memberikan yang terbaik bersama Kelantan,” kata Badhri Radzi selepas majlis penganugerahan tersebut.

“‘‘Sebagai pemain, sudah tentu saya begitu teringin untuk menyarung jersi kebangsaan dan harap saya akan dipanggil pada masa akan datang.”

Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2013Kapten The Red Warriors mengetepikan cabaran kuat daripada Amirulhadi Zainal, Christie Jayaseelan, Joseph Kallang Tie, R. Gopinathan dan Nurul Azwan Roya untuk membawa pulang anugerah Pemain Tengah Terbaik. Pemilihan Piya bukan sesuatu yang mengejutkan kerana dia mempamer aksi konsisten sepanjang musim, termasuk pada saingan Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.

Kejayaan Badhri Radzi itu disusuli dengan kemenangan dua rakan sepasukannya, Khairul Fahmi Che Mat yang dijulang sebagai Penjaga Gol Terbaik selain Mohd. Norfarhan Muhammad yang muncul Penyerang Terbaik. Kelantan turut menambah koleksi kemenangan selepas peminat mereka dipilih sebagai Kelab Penyokong Terbaik. Piya yang sedikit terkejut dengan kemenangan itu dan berterima kasih kepada rakan-rakan sepasukan dan penyokong Kelantan.

‘‘piya-badri-radzi-kapten-kelantan“Dalam karier saya sebagai pemain, ini adalah kejayaan paling manis. Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata betapa gembiranya saya menerima gelaran ini.”

‘‘”Rasa macam masih tidak percaya, namun saya anggap ini adalah hadiah terbaik kepada kedua-dua ibu bapa saya yang sentiasa memberi sokongan tidak berbelah bahagi.”

“”Kemenangan ini juga pasti akan memberi motivasi tambahan kepada saya untuk menghadapi musim depan,” kata Piya lagi.

This entry was posted in Berita and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply