[ARTIKEL] BOXING DAY – SATU KEUNIKAN DALAM LIGA INGGERIS

asal-usul dan sejarah-boxing-dayTatkala sebahagian besar liga-liga utama bola sepak di Eropah berehat sempena musim sejuk namun kelab-kelab Liga Perdana Inggeris terpaksa mengharungi jadual perlawanan di sebalik sambutan perayaan Krismas dan sambutan Tahun Baru Masihi. Namun, pemain tengah Arsenal, Mathieu Flamini mengakui bahawa perlawanan ‘Boxing Day’ ini merupakan salah satu tarikan dan keunikan dalam saingan Liga Perdana Inggeris setiap tahun.

The Gunners bakal turun menentang West Ham United dalam perlawanan ‘Boxing Day’ pada 26 Disember sebelum bertandang ke St. James Park menentang Newcastle United 3 hari berikutnya. Jadual perlawanan padat Arsenal berterusan apabila terpaksa melayan kunjungan Cardiff City di Stadium Emirates pada 1 Januari 2013 sebelum turun menentang musuh setempat, Tottenham Hotspurs pada 4 Januari dalam pusinga ke-3 Piala FA Inggeris.

“Semua orang tahu bahawa sepanjang bulan Disember dan Januari, kami terpaksa mengharungi banyak perlawanan yang bakal mempengaruhi kedudukan dalam Liga Perdana Inggeris,” kata Flamini menerusi laman rasmi Arsenal.com.

Mathieu-Flamini vs Swansea City 2013“Sudah tentu sangat penting untuk kekal fokus dalam mengekalkan konsentrasi dan memastikan kami berjaya melepasi tempoh ini dengan sebaik pencapaian mungkin.”

“Sebagai mana yang anda tahu ketika sambutan Hari Natal, beraksi dalam perlawanan ‘Boxing Day’ juga sangat penting. Ini merupakan sebahagian daripada tradisi di sini dan sudah tentu kami akan turun beraksi sebaik mungkin.”

“Saya rasa sebagai seorang pemain (cuti musim sejuk) sangat penting kerana dapat membantu mempertingkatkan kekuatan mental dan fizikal.”

“Tetpi di sini (Boxing Day) sudah menjadi tradisi dan itu tidakmenjadi masalah. Kami harus menghormati tradisi ini dan ia menjadi sebahagian daripada keunikan Liga Inggeris di mana kami dapat bermain dalam perlawanan Boxing Day,” kata pemain tengah berusia 29 tahun itu lagi.

APA ITU PERLAWANAN ‘BOXING DAY’?

Setiap tahun, ‘Boxing Day’ ialah cuti umum yang jatuh pada tanggal 26 Disember (sehari selepas sambutan Hari Natal) dan disambut oleh kebanyakan negara-negara Komanwel seperti Kanada, Australia, Afrika Selatan, Hong Kong dan sebagainya. Tradisi ‘Boxing Day’ bermula dari upacara memberikan hadiah yang menjadi kelaziman semasa sambutan Hari Natal di mana kotak-kotak hadiah digelar sebagai ‘Krismas Box’.

tony-adams-martin-keown-vs-spursPada zaman lampau, sudah menjadi kelaziman di mana tuan atau majikan akan memberikan hadiah kepada pekerjanya dan tarikh 26 Disember merupakan cuti umum untuk pekerja. Hadiah-hadiah daripada tuan atau majikan itu pula akan disampaikan kepada ahli-ahli keluarga sambil menikmati cuti ‘Boxing Day’. Terdapat juga tradisi di sesetengah gereja yang meletak kotak besi untuk dimasukan wang-wang yang bertujuan untuk diberikan kepada golongan miskin dan papa dalam meraikan sambutan Hari Natal.

Di sampin itu, semasa zaman kolonial British menguasai dunia, pihak kolonial yang sering berlayar ke seluruh dunia akan dibekalkan bersama kotak besi yang berkunci dan diisi dengan pelbagai barangan termasuk wang sebagai simbolik kepada tuah. Jika pelayaran berjaya dan mereka selamat pulang ke tanah air, kotak-kotak itu akan dijadikan hadiah Krismas dan hanya akan dibuka menjelang Hari Natal.

Lantaran itu, tradisi ‘Christmas Box’ sangat berkait rapat dengan tradisi ‘Boxing Day’ yang dipraktikan sejak zaman berzaman. ‘Boxing Day’ adalah simbolik kepada acara sukan pada 26 Disember setiap tahun di mana bakaldisajukan dengan aksi sukan seperti bola sepak dan ragbi. Kebiasaannya, perlawanan ‘Boxing Day’ akan diaturkan membabitkan perlawanan dua kelab berjiran bagi mengelakan penyokong dan pemain mengharungi perjalanan yang jauh dan panjang serta memberi peluang menghabiskan masa cuti bersama keluarga.

This entry was posted in Artikel and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply