[UCL] MISI BALAS DENDAM ARSENAL DI SIGNAL IDUNA PARK

Borussia-Dortmund-vs-Arsenal-2013Menjelang perlawanan ke-4 kumpulan F, Arsenal dan Borussia Dortmund pastinya turun dengan misi meraih 3 mata penting sekaligus bagi mencerahkan peluang ke pusingan ke-2 saingan Liga Juara-Juara Eropah musim ini. Namun, The Gunners pastinya hadir ke Westfalen stadion dengan misi tambahan membalas dendam kekalahan 1-2 kepada skuad bimbinga Jurgen Klopp di Stadium Emirates pada 22 Oktober lalu.

Arsene Wenger pastinya merindui kelibat Mathieu Flamini dan Jack Wilshere yang terpaksa disisihkan dalam kunjungan ke Signal Iduna Park. Namun, sedikit berita gembira apabila Kieran Gibbs dan Serge Gnabry turut serta dalam pernerbangan ke Dortmund. Theo Walcott pula kembali menjalani latihan penuh dan sedia diturunkan dalam pertemuan menentang Man United hujung minggu ini. Lukas Podolski, Jack Wilshere dan Alex Oxlade-Chamberlain dijangka kembali selepas international break.

Sementara itu, Jurgen Klopp sudah pasti kehilangan khidmat Sebastian Kehl, Ilkay Gundogan dan Lukasz Piszczek yang belum pulih dari kecederaan. Namun, Mats Hummels yang mengalami kecederaan paha dalam perlawanan liga hujung minggu dilaporkan cergas dan sedia diturunkan menentang Arsenal. Sementara itu, pertahanan muda Jerman, Marcel Schmelzer kembali ke dalam skuad utama selepas pulih dari kecederaan.

PERCATURAN TAKTIKAL

Penguasaan di bahagian tengah bakal menentukan kemenangan dalam perlawanan ini dengan kedua-dua pengurus bakal mempertaruhkan taktikal 4-2-3-1. Arsenal bakal mengamal corak hantaran pendek dan through ball (hantaran terus) bagi memerangkap pertahanan Dortmund. Mikel Arteta dijangka bertindak selaku deep-lying playmaker dan bakal mengekang pergerakan Hendrik Mkhitaryan manakala Aaron Ramsey bakal bertindak selaku box-to-box midifielder bagi Arsenal.

Laurent Koscielny pula bakal melakukan man-on-man marking ke atas penyerang Dortmund, Robert Lewandowski manakala Per Mertesacker bertindak selaku last man. Nacho Monreal dijangka akan mengantikan Keiran Gibbs yang belum pulih sepenuhnya dari kecederaan dan bakal mengekang pergerakan Jakub Blaszczykowski manakala Bacary Sagna pula akan cuba menyerap asakan dari sebelah kiri oleh Marco Reus.

Mesut-Ozil-vs-Borussia-Dortmund-2013Sementara itu, Mats Hummels sekali lagi ditugaskan untuk mengekang pergerakan Olivier Giroud sementara 2 defensive midfielder, Sven Bender dan Nuri Sahin bakal membayangi kelibat Mesut Ozil yang bakal merencana serangan The Gunners. Namun, kelicahan Santi Cazorla memberi kelebihan buat Arsenal dalam megucar-kacirkan pertahanan Dortmund yang bakal dikekang oleh Kevin Großkreutz.

Jurgen Klopp dijangka akan menerapkan corak permainan yang lebih bertahan dengan mengharapkan serangan balas di bahagian sayap oleh Marco Reus dan Jakub Blaszczykowski. Borussia Dortmund juga bakal memanfaat kelebihan ketinggian yang dimiliki oleh Lewandowski dengan melakukan hantaran jauh serta serangan balas pantas untuk memerangkap pertahanan Arsenal.

BARISAN KEMUNGKINAN

line-up-dortmund-vs-arsenal-nov-2013Tarikh : 7 November 2013

Masa : 3.45 pagi (waktu Malaysia)

Venue : Westfalenstadion, Signal Iguna Park

Pengadil : Björn Kuipers (NED)

Ramalan : Borussia Dortmund (1) vs Arsenal (2)

FAKTA MENARIK

  • Borussia Dortmund tidak pernah kalah menerima 7 kunjungan sebelum ini dengan mencatatkan 4 kemenangan.
  • Arsenal memiliki rekod baik dalam 13 kunjungan ke Jerman dengan mencatatkan 5 kemenangan dan 3 keputusan seri.
  • Borussia Dortmund hanya mencatatkan satu clean sheet dalam 7 perlawanan terakhir Liga Juara-Juara Eropah.
  • Arsenal memiliki rekod cemerlang di tempat lawan dengan tidak pernah kalah dalam 14 perlawanan sejak kali terakhir tewas 1-2 kepada Spurs pada Mac lalu.
  • Perlawanan malam ini merupakan perlawanan ke-100 buat Borussia Dortmud dalam Liga Juara-Juara Eropah.
  • Tomas Rosicky pernah beraksi bersama Dortmund dari 2001 hingga 2006 sebelum berhijrah ke Stadium Emirates.
  • Robert Lewandowski merupakan penjaring terbanyak Dortmund dengan mengumpul 12 gol dalam 14 perlawanan.
  • Aaron Ramsey pula tampil selaku penjaring gol terbanyak Arsenal dengan meledak 10 gol dalam 15 perlawanan.
This entry was posted in Pra-Perlawanan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply