[PIALA MALAYSIA] PAHANG JUARA PIALA MALAYSIA 2013

Penantian 21 tahun Pahang untuk menjulang Piala Malaysia berakhir apabila menewaskan juara bertahan, Kelantan 1-0 pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam semalam. Penyerang import dari Argentina, Matias Ruben Conti muncul wira skuad Tok Gajah selepas menyumbat gol tunggal menerusi tandukan pada minit ke-58 selepas menyempurnakan hantaran lintang daripada Azamuddin Mohd Akil.

Kemenangan itu merupakan kejayaan ketiga Pahang merangkul piala paling berprestij di Malaysia itu selepas tahun 1983 dan 1992. Pertarungan antara dua gergasi Pantai Timur itu bermula hambar dengan keadaan padang yang basah menyaksikan aksi berhati-hati oleh kedua-dua pasukan di hadapan kira-kira 85,000 penonton yang memenuhi Stadium Shah Alam. Penguasaan bola tampak seimbang dengan Pahang dan Kelantan lebih banyak mengamalkan corak hantaran jauh.

Skuad Tok Gajah terlebih dahulu menguji gawang Kelantan namun hantaran lintang R. Gopinathan namun gagal ditampan kemas Conti dan Azamudin Akil pada minit ke-10. Giliran Kelantan mengancam gawang Kelantan menerusi rembatan Indra Putra Mahayudinnamun sepakan percumanya pada minit ke-18 sedikit melewati pintu gol Pahang yang dikawal oleh Khairul Azhan. Rembatan Azamamudin Akli pada minit ke-20 juga gagal menemui sasaran.

Kapten Kelantan, Badhri Radzi pula melepaskan peluang keemasan selepas sepakan percumanya di hadapan kotak penalti tersasar pada minit ke-25. Giliran R. Surendren pula hampir mencatat nama sebagai penjaring namun rembatannya pada minit ke-27 sekadar menggegar tiang gol Kelantan. Norfarhan Muhamad turut terlepas peluang selepas rembatannya pada minit ke-35 ditepis keluar oleh penjaga gol Pahang. Kedua-dua pasukan terus buntu menjaringkan gol hingga tamat babak pertama.

Bersambung babak kedua, Pahang hampir mendahului namun pemain gantian Fauzi Roslan gagal memanfaatkan keadaan kelam kabut di hadapan gawang Kelantan. Penantian penyokong Tok Gajah berakhir pada minit ke-58 apabila Matias Conti bijak menanduk masuk hantaran silang Azamuddin Akil yang gagal ditepis keluar oleh Khairul Fahmi. Ketinggalan 1-0 Kelantan memperkemaskan serangan namun rembatan kencang Dickson Nwakaeme berjaya ditepis keluar oleh penjaga gol Pahang.

Kelantan gagal memanfaatkan peluang apabila sepakan percuma yang diambil oleh kapten pasukan, Badhri Radzi pada minit ke-76 sedikit tersasar. Meskipun jurulatih The Red Warrior, Bojan Hodak membawa masuk penyerang kebangsaan, Fakri Saarani namun masih buntu untuk mejaringkan gol. Berbaki 10 terakhir, Pahang lebih banyak bertahan dengan Kelantan melancarkan serangan bertali arus bagi mencari gol penyamaan.

Khairul Azhan sekali lagi bertindak cemerlang untuk pasukan Tok Gajah apabila menafikan cubaan bahaya yang dilakukan oleh Nwakaeme pada minit ke-84. Kedudukan 1-0 itu kekali hingga tamat perlawanan sekaligus menyaksikan Pahang merang kejuaraan Piala Malaysia buat kali ke-3. Lebih manis, pemain sayap Pahang, Azamuddin Mohd Akil dinobatkan sebagai pemain terbaik final Piala Malaysia 2013.

KELANTAN : Khairul Fahmi Che Mat, Azizi Matt Rose, Nik Mohd Shahrul Azim Abd Halim, Mohd Farisham Ismail, Zairul Fitree Ishak, Zairo Anuar Zalani (Ahmad Fakri Saarani), Mohd Shakir Shaari, Mohd Badhri Mohd Radzi (Mohd Faiz Subri), Mohd Norfarhan Muhammad, Indra Putra Mahayuddin, Dickson Nwakaeme.

PAHANG : Khairul Azhan Khalid, Damion Delano Stewart, Mohd Razman Roslan, Mohd Shahrizan Salleh, Jalaluddin Jaafar (Mohd Saifulnizam Miswan), Mohd Amirulhadi Zainal, Mohd Hafiz Kamal, R. Surendren (Mohd Fauzi Roslan), R. Gopinathan (Mohd Faizol Hussain), Azamuddin Mohd Akil, Matias Ruben Conti.

This entry was posted in Liga Malaysia and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply