[PERSPEKTIF] ARSENE WENGER BERANG DENGAN TINDAKAN FLAMINI

Mathieu-Flamini-cut-his-shirt-sleevesDi sebalik kejayaan Arsenal menewaskan Marseille awal pagi tadi, pengurus The Gunners, Arsene Wenger berang dengan tindakan pemain tengahnya, Mathieu Flamini yang melanggar tradisi kelab. Dalam perlawanan awal pagi tadi, pemain tengah Perancis berusia 29 tahun bertindak memotong lengan bajunya buat kali kedua selepas melakukannya ketika perlawanan menentang Manchester United dua minggu lalu sekaligus melanggar tradisi kelab sejak tahun 1920-an lagi.

Dalam setiap perlawanan, pemain-pemain Arsenal perlu memakai baju yang sama dengan kapten pasukan samada lengan pendek atau lengan panjang. Namun, Flamini bertindak melanggar peraturan yang tidak bertulis itu dengan memotong lengan panjang bajunya di paras siku. Tindakan itu menimbulkan perbalahan antaran staf kelab dengan Flamini namun Wenger menegaskan bahawa pemain tengah kental itu tidak akan mengulangi lagi perbuatannya itu.

“Saya tidak menyukainya (tindakan Flamini memotong lengan baju), ia tidak akan berlaku lagi. Ya, (itu merupakan tradisi kelab) dan saya sangat terkejut. Kami tidak mahu ianya berulang lagi,” kata Wenger selepas tamat perlawanan awal pagi tadi.

Namun, Mathieu Flamini mempertahankan tindakannya dan mahu terus memakai baju lengan pendek dalam setiap perlawanan selepas ini dengan berkata, “Saya telah bermain di peringkat tertinggi untuk tempoh 10 tahun dan saya suka memakai baju lengan pendek.”

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply