[PERSPEKTIF] WENGER BELUM MAHU BERBICARA MENGENAI KEJUARAAN

arsene-wenger-vs-bayern-munich-2013Walaupun berjaya mengukuhkan kedudukan di persada Liga Perdana Inggeris namun pengurus Arsenal, Arsene Wenger masih belum mahu berbicara mengenai kejuaraan liga. Arsenal kini gah berada di kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris dengan 25 mata selepas 10 perlawanan manakala Chelsea dan Liverpool berada di tempat kedua dan ketiga dengan ketinggalan 5 mata di belakang The Gunners. Namun, Wenger menegaskan bahawa saingan liga baru bermula dan masih terlalu awal untuk meraikan kejayaan.

“Ini sesuatu yang positif dan mengembirakan (mendahului 5 mata) namun musim masih terlalu awal,” kata Wenger selepas tamat perlawanan menentang Liverpool semalam.

“Ini sangat bagus bagi membina keyakinan diri dan menzahirkan cita-cita kami.”

“Ini adalah kemenangan yang meyakinkan apabila menentang pasukan yang bagus, perkara yang kami sangat perlukan. Kami menunjukan tindakbalas yang baik selepas mengalami kekalahan pertengahan minggu lalu.”

“Kami telah menjaringkan gol yang bagus dan saya rasa mempunyai banyak peluang. Saya merasakan pertahanan kami sangat menyakinkan, menghadapi penyerang yang berada di kedudukan teratas senarai penjaring terbanyak,” kata Wenger lagi.

Sementara itu, pengurus Liverpool, Brendan Rogers menerima kekalaha kepada Arsenal dengan hati yang terbuka namun tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya selepas anak-anak buahnya gagal menyaingi persembahan mantap The Gunners. Namun, Rogers menegaskan pasukan bimbingannya akan kembali bangkit untuk terus mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini.

“(Arsenal) pasukan terbaik berhak untuk menang. Mereka mengawal permainan dengan baik namun kami masih mampu memberikan ancaman. Pergerakan dan taktikal yang mereka lakukan lebih baik daripada kami,” kata Rogers selepas tamat perlawanan.

“Kami tidak pernah kekurangan usaha untuk mengancam pasukan lawan. Dalam 10 perlawanan liga setakat ini, anda boleh melakukan analisis mengenai permainan kami dan melihat betapa bijaknya pemain-pemain saya.”

“Pasukan saya sudah membuktikan bahawa mereka memiliki semangat juang yang tinggi untuk merebut kedudukan 4 pasukan terbaik liga,” kata pengurus Liverpool itu lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply