[PERSPEKTIF] SZCZESNY MAMPU MENJADI SEORANG LAGENDA

wojciech-szczesny-returns-from-injuryPengurus The Gunners, Arsene Wenger mengakui bahawa Wojciech Szczesny mampu memahat nama menjadi seorang lagenda dalam sejarah Arsenal. Musim lalu, penjaga gol antarabangsa Poland itu mengharungi ujian berat termasuk kehilangan kedudukan dalam kesebelasan utama The Gunners. Namun, Szczesny kembali menampilkan persembahan terbaiknya dengan beraksi cemerlang musim ini.

Pemain kelahiran Warsaw, Poland itu menyertai Arsenal pada 2006 ketika berusia 15 tahun. Sehingga kini, Szczesny sudah beraksi dalam 125 penampilan bersama The Gunners serta mencatatkan rekod tanpa bolos dalam perlawanan ke-50 ketika menentang Marseille pada Selasa lalu. Wenger mengakui bahawa penjaga gol berusia 23 tahun itu berpeluang cerah menjadi seorang lagenda jika meneruskan kecemerlangan pada masa akan datang.

“Ya, dia (Szczesny) bakal menjadi salah seorang penjaga gol terbaik (di Arsenal),” kata Wenger kepada Arsenal Player.

szczesny-miss-trip-to-montpellier“Anda juga harus menilai persembahan barisan pertahanan dalam setiap perlawanan tanpa bolos. Namun saya boleh katakan bahawa Szczesny memiliki potensi untuk menjadi penjaga gol lagenda di Arsenal.”

“Perkara itu ditentukan berdasarkan sejauh mana dia mampu fokus dan sedalam mana keinginan dia untuk menjadi lebih baik dan sentiasa berkerja keras.”

“Dia (Szczesny) masih muda. Saya secara peribadi menilainya sangat bagus, dia membaca perlawanan semakin baik dan lebih konsentrasi.”

“Dia merupakan seorang penjaga gol yang sangat muda kerana dia bermula sangat awal berbanding penjaga gol yang lain. Dia sudah mendapat banyak pengalaman. Saya rasa ini merupakan satu berita baik apabila dia menandatangani kontrak baru bersama Arsenal,” kata pengurus Arsenal itu lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply