[PERSPEKTIF] PEMINAT TERLUPA SAYA MASIH PEMAIN MUDA -WILSHERE

Jack-Wilshere-back-from-injury-October-2013Bintang muda Arsenal, Jack Wilshere percaya bahawa kebanyakan peminat-peminat bola sepak terlupa dirinya baru berusia 21 tahun ketika mereka menilai prestasinya bersama kelab dan negara. Tonggk tengah England itu mula memecah masuk tembok skuad utama Arsenal sejak 5  tahun yang lalu dan muncul selaku pemain termuda yang beraksi dalam skuad utama The Gunners. Kini, anak kelahiran Stevenage, England itu tampil selaku antara pemain tengah terbaik dalam Liga Perdana Inggeris.

“Ya, saya rasa mereka terlupa (mengenai usia saya). Bukan kerana saya sudah lama beraksi dalam skuad utama tetapi kerana mereka mendengar saya sudah mempunyai dua orang anak dan sangat jarang kita mendengan seseorang itu mempunyai dua orang anak ketika berusia 21 tahun,” kata Wilshere kepada Arsenal.com.

Jack-Wilshere-England-vs-Brasil“Saya sudah berada dalam skuad utama (Arsenal) ketika berusia 16 tahun dan tempoh 5 tahun itu cukup lama dalam bola sepak.”

“Saya mendapat debut saya ketika berusia 16 tahun dan mensasarkan untuk bermain dengan England di mana ianya berlaku dengan cepat ketika saya berusia 18 tahun. Perkara yang paling penting selepas itu adalah untuk mengekalkan kedudukan saya dalam skuad utama setiap minggu sepanjang musim.”

“Saya telah mengharungi tahun-tahun yang mengecewakan dengan dihimpit masalah kecederaan dan saya tabah menghadapinya untuk pulih dari kecederaan. Kebanyakan orang merasakan bahawa apabila seseorang pemain itu cedera (yang serius) dan dia tidak mampu kembali seperti sebelumnya.”

jack-wilshere-injury-vs-new-york“Ianya sangat sukar tetapi musim lalu saya berjaya kembali dalam skuad utama, kekal cergas dan beraksi dalam lebih 30 perlawanan dan itu merupakan sesuatu yang cukup baik. Dan tahun ini, saya mahu kekal cergas sehingga ke penghujung musim.”

“Peminat akan sentiasa mengkritik dan menilai kami sepanjang masa. Mereka telah membayar untuk melakukannya, jadi kami harus mengekalkan konsentrasi dalam setiap perlawanan,” kata pemain berusia 21 tahun itu lagi.

This entry was posted in Buletin and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply