[PERSPEKTIF] PEMERGIAN FABREGAS SANGAT DIRASAI – WILSHERE

Cesc+Fabregas+and-Jack+WilsherePerpindahan Cesc Fabregas ke Barcelona menimbulkan kemarahan dan kekecewaan buat bintang muda Arsenal, Jack Wilshere. Pemain kelahiran Inggeris berusia 21 tahun itu turut mengakui bahawa kehilangan playmaker Sepanyol itu lebih dirasainya berbanding penyerang prolifik, Robin van Persie. Fabregas meninggalkan Arsenal pada Ogos 2011 manakala Robin van Persie menyertai Manchester United pada musim panas berikutnya.

Cesc Fabregas menyertai Arsenal dari akademi La Masia pada tahun 2003 ketika berusia dan menghabiskan 8 tahun bersama The Gunners sebelum melengkapkan kepulangan semula ke kelab remaja, Barcelona denga yuran perpindahan sebanyak £35 juta. Sepanjang bersama Arsenal, Fabregas telah melakukan 303 penampilan dengan menjulang membantu menjulang kejuaraan Piala FA pada 2005 dan merupakan kapten Arsenal dari 2008 hingga 2011.

“Saya benar-benar kecewa dengan pemergian Fabregas. Dia merupakan kapten pasukan dan saya sering mengadu kepadanya jika menghadapi masalah,” kata Wilshere baru-baru ini.

“Saya banyak belajar dengan memerhatikan (permainannya). Dia (Fabregas) mirip saya ketika zaman remajanya.”

Jack-Wilshere-red-card-Man-UnitedJack Wilshere itu turut berterima kasih kepada Arsenal Wenger yang banyak membantu perkembangan kariernya. Meskipun pemain muda Inggeris itu dihimpit masalah kecederaan yang serius pada dua musim terakhir ini namun sokongan dan kepercayaan daripada pengurus Arsenal berjaya membantu mengembalikan keyakinan Wilshere. Kini, Wilshere disebut-sebut sebagai tonggak utama England ke Piala Dunia Brazil 2014.

“Dia (Wenger) memberi peluang ketika saya masih berusia 16 tahun dan membawa saya masuk ke dalam skuad utama,” kata bintang muda England itu.

“Dia memberi peluang berlatih dalam skuad utama dan memberi kepercayaan kepada saya. Kadang kala jika saya tidak beraksi dalam perlawanan tetapi dia memujuk saya dengan berkata kamu masih muda ketika melakukan kesilapan itu.”

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply