[PERSPEKTIF] OZIL MASIH BELUM DI TAHAP TERBAIK – MERTESACKER

Wenger-Ozil-Mertesacker-Bould-on-trainingPelaburan Arsene Wenger untuk berbelanja besar bagi membawa masuk pemain bintang berkelas dunia, Mesut Özil dengan bayaran dianggarkan bernilai £42.5 juta pada jendela perpindahan musim panas lalu berjaya memberi kesan positif kepada persembahan The Gunners. Arsenal kini gah menakluk persada Liga Perdana Inggeris dengan kelebihan 4 mata di hadapan pencabar terdekat, Liverpool dan Chelsea serta cemerlang mengungguli kumpulan F dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.

Kehadiran playmaker antarabangsa Jerman ini berjaya meningkatkan pengaruh di bahagian tengah Arsenal yang mengamalkan corak permainan hantaran pendek yang tepat. Meskipun dalam tempoh menyesuaikan diri dengan kehidupan di utara London, Özil berjaya menjaringkan 3 gol dan menghasilkan 6 assist dalam 15 perlawanan setakat ini. Namun, rakan sepasukan Ozil dalam skuad kebangsaan Jerman, Per Mertesacker menegaskan bahawa Ozil masih belum berada di prestasi terbaiknya.

Ozil celebrate goal vs Norwich City 2013“Mesut (Ozil) memiliki perkembangan yang sangat baik (di Arsenal). Dia berada di tahap yang baik dan anda boleh melihatnya secara langsung,” kata Mertesacker baru-baru ini.

“Dia sering memberi ancaman ketika perlawanan menentang Marseille dan tidak berputus asa awalaupun gagal menyempurnakan sepakan penalti. Kami sangat gembira dengan persembahannya terutama ketika perubahan daripada bertahan kepada menyerang.”

“Kadang kala prestasi dia kelihatan sedikit menurun tetapi pada rehat separuh masa kami mengatakan kepadanya bahawa kami tidak kesah tentang kegagalannya menyempurnakan sepakan penalti.”

“Kami mahu dia meneruskan seperti yang dia berjaya lakukannya,” kata pertahanan antarabangsa Jerman itu lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply