[PERSPEKTIF] MESUT OZIL DALAM PROSES PERALIHAN – WENGER

Ozil celebrate goal vs Norwich City 2013Meskipun sudah berjaya meledak 2 gol dan menghasilkan 4 assist dalam 6 perlawanan Liga Perdana Inggeris namun Arsene Wenger menegaskan bahawa bintang termahal The Gunners itu masih dalam proses menyesuaikan diri dengan corak permainan Arsenal dan persekitaran bola sepak di England. Pengurus Arsenal itu mengakui bahawa playmaker Jerman itu belum menunjukan kemampuan sebenarnya.

“Saya bertanya kepadanya mengenai perbezaan antara bola sepak Inggeris dan Sepanyol. Dia (Ozil) mengakui kelebihan fizikan menjadi keutamaan di sini,” kata Wenger kepada Fox Sport.

“Dia masih menyesuaikan diri namun (Mesut) Ozil pada dasarnya adalah seorang pemain yang luar biasa. Saya sangat gembira apabila dia memutuskan untuk menyertai kami.”

Bintang tengah Jerman itu menyertai Arsenal pada hari-hari terakhir jendela perpindahan musim panas lalu dari Real Madrid dengan yuran perpindahan sebanyak £42.5 juta. Kehadiran Ozil berjaya memberi impak segera apabila membantu Arsenal mengungguli persada liga dengan perbezaan lima di hadapan pencabar terdekat. Arsene Wenger turut mengakui Mesut Ozil sememangnya memiliki kualiti yang istimewa persis lagenda Perancis, Zinedine Zidane.

Mesut-Ozil-vs-Borussia-Dortmund-2013“(Mesut) Ozil sememangnya memiliki kualiti yang istimewa, dia sentiasa membuat keputusan yang tepat dengan pantas,” kata pengurus berbangsa Perancis itu.

“Ozil sedikit lebih baik berbanding (Zinedine) Zidane dari aspek gelecekan. Mereka memiliki persama dari segi teknik dan kerendahan hati.”

“Musim panas lalu, pertama kali saya menghubunginya di rumah saya dalam suasana yang cukup tenang. Dia akhirnya membuat keputusan dalam tempoh 24 jam Selepas itu, kami menyelesaikan urusan perpindahan dan keputusan itu berlaku dengan cukup pantas.”

“Saya pernah berusaha untuk mendapatnya sebelum dia berpindah ke Real Madrid (pada 2010). Itu antara mereka dan kami pada ketika itu. Dia menghubungi saya dan mengatakan bahawa dia telah memilih Real (Madrid) tetapi dia gembira jika dapat menyertai kami,” kata Wenger lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply