[PERSPEKTIF] KEMENANGAN DI MUNICH MERUPAKAN TITIK PERUBAHAN

Arsenal-goal-vs Bayern-Munich-Mac-2013Pengurus Arsenal, Arsène Wenger mengakui kemenangan 2-0 ke atas Bayern Munich di Allianz Arena pada Mac lalu menjadi titik penting yang memacu perubahan Arsenal musim ini. Namun, kemenangan tersebut belum cukup membawa The Gunners ke separuh akhir lantaran tewas 1-3 kepada Bayern Munich di Stadium Emirates dengan aggregate terikat 3-3 dan skuad bimbingan Jupp Heykens.

Kemenangan itu menyaksikan Arsenal berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 14 perlawanan termasuk 10 kemenangan berturut-turut perlawanan di tempat lawan. Musim ini, Arsenal turut memamerkan kebangkitan dengan mengungguli persada Liga Perdana Inggeris selepas 10 perlawanan. Skuad bimbingan Arsene Wenger bakal berkunjung ke Wesfalenstadion dalam misi untuk meraih mata sekaligus mencerahkan peluang mara ke pusingan ke-2 Liga Juara-Juara Eropah.

“Apa yang berlaku pada malam itu di mana ramai yang menjangkakan kami akan dibelasah 6 atau 7 gol tanpa balas,’ kata Wenger kepada Arsenal Player.

“Kami tidak melakukannya untuk kalah, kami mengambil keputusan dan hampir-hampir menyingkirkan mereka (Bayern).”

“Secara keseluruhannya, saya percaya sejak musim lalu kami memiliki rekod cemerlang di tempat lawan dan kami rasa, ” Jika kami boleh pergi ke Munich dan menang, kenapa tidak dengan perlawanan seterusnya,” kata Wenger lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply