[PERSPEKTIF] ARSHAVIN MASIH MENGIKUTI PERKEMBANGAN ARSENAL

Arshavin-training-in ArsenalMeskipun meninggalkan Arsenal pada jendela perpindahan musim panas lalu namun Andrey Arshavin mengakui masih mengikuti perkembangan The Gunners. Bekas kapten Russia, Andrey Arshavin yang meninggalkan Stadium Emirates pada jendela perpindahan musim panas lalu untuk kembali menyertai bekas kelabnya, Zenit St. Petersburg secara percuma. Playmaker berusia 32 tahun itu telah menghabiskan 5 musim bersama Arsenal dengan melakukan 143 penampilan dan menjaringkan 31 gol serta 41 assist.

Bekas pemain antarabangsa Russia itu berjaya memulakan karier yang cemerlang bersama The Gunners namun gagal mendapat peluang dalam kesebelasan utama pada dua musim terakhir di Stadium Emirates. Andrey Arshavin turut melaungkan keyakinan bahawa bekas kelabnya itu kini berpeluang cerah untuk menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini sekaligus menamatkan kemarau kejuaraan sejak 8 musim yang lalu.

Andrey+Arshavin+Arsenal+ex-captain-Russian“Arsenal bermain dengan cukup baik sekali berbanding 2-3 musim yang lalu,” kata Arshavin.

“Saya turut terkejut melihat Arsenal memenangi perlawanan (menentang Liverpool) dengan cukup selesa kerana mereka kini berada di tahap terbaik.”

Bekas kapten Russia itu memberi sokongan kepada Arsenal untuk meraih kejuaraan musim ini. Arshavin turut berpendapat bahawa kehadiran playmaker Jerman, Mesut Ozil yang telah memecahkan rekod perpindahan termahal Arsenal sebagai faktor utama kebangkitan skuad bimbingan Arsenal musim ini.

“Pembelian (Mesut) Ozil memberikan kestabilan kepada pasukan Arsenal. Musim ini mereka memiliki peluang yang cerah untuk menamatkan saingan di tempat pertama penghujung musim ini,” kata Arshavin lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply