[PERSPEKTIF] ARSENAL KINI PENCABAR UTAMA KEJUARAAN – ARTETA

Mikel-Arteta-Arsenal-2013Kejayaan Arsenal menewaskan Liverpool dalam perlawanan ‘Top of Table Clash’ semalam memberi motivasi tambahan buat The Gunners serta menutup mulut-mulut pengkritik yang meragui kemampuan skuad bimbingan Arsene Wenger untuk menjulang kejuaraan musim ini. Tonggak tengah Arsenal, Mikel Arteta turut melaungkan amaran bahawa pasukannya kini merupakan pencabar utama kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Jaringan Santi Cazorla dan Aaron Ramsey sudah cukup memberikan kemenangan selesa 2-0 ke atas Liverpool sekaligus meraih 3 mata berharga di Stadium Emirates semalam. Arsenal kini gah menakluk tahta Liga Perdana Inggeris dengan meraih 25 mata selepas 10 perlawanan setakat ini. Namun, Arteta menganggap kemenanga semalam bukan merupakan kemenangan biasa sebaliknya satu amaran kepada pasukan lain agar tidak memandang rendah dengan kemampuan Arsenal.

“Hari ini (semalam) sungguh luar biasa . Kami mahu bertahan di kedudukan kami (pendahulu liga) dan memberikan kesukaran (untuk direbut),” kata Arteta kepada Arsenal.com.

“Kami menentang dengan pasukan yang benar-benar bagus. Mereka sudah berada dalam prestasi terbaik dalam beberapa minggu terakhir.”

“Kami bermain melawan tim yang benar- benar bagus. Mereka sudah berada dalam kondisi on-fire dalam beberapa pekan terakhir.”

“Ini merupakan ujian yang hebat untuk kami dan kami membuktikan setidak-tidaknya kami lebih baik daripada mereka (Liverpool).”

“Kami berdepan dengan ujian setiap minggu. Pasukan lain hanya menunggu kami untuk kalah. Tetapi kami membuktikan hari ini bahawa kami layak untuk kekal (selaku pendahulu liga.”

“Saya rasa ini merupakan satu isyarat yang bagus. Kami mahu mendapat mata penuh di laman sendiri. Tetapi kami sedar perlajalan masih jauh,” kata Arteta lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply