[PERPINDAHAN] VERMAELEN, BENDTNER DIINTAI KELAB EPL

Juan+Mata+vs+Arsenal+2012Masa depan pertahanan antarabangsa Belgium, Thomas Vermaelen di Stadium Emirates semakim suram selepas gagal merebut tempat dalam kesebelasan utama ekoran prestasi mantap yang dipamerkan oleh Laurent Koscielny dan Per Mertesacker. Lantaran itu, center-back berusia 27 tahun itu dilihat terdesak mendapat tempat dalam kesebelasan utama The Gunners bagi mengukuhkan kedudukannya dalam skuad Belgium ke Piala Dunia Brazil 2014.

Newcastle United antara kelab yang berminat untuk mendapat khidmat Vermaelen pada jendela perpindahan Januari nanti selain dua gergasi Serie A, Juventus dan Napoli. Pengarah Bola Sepak Newcastle United, Joe Kinnear telah dua kali menyaksikan aksi Vermaelen secara langsung bulan lalu. Namun, Kinnear mengakui sukar untuk membawa khidmat Vermaelen ke Stadium St. James Park selepas kapten Arsenal itu menegaskan dirinya gembira dengan kehidupan di utara London.

Thomas Vermaelen tiba di Arsenal pada 19 Jun 2009 dari kelab Belanda, Ajax Armsterdam dengan yuran perpindahan sebanyak €10 juta. Kehadiran Vermaelen bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Kolo Toure yang menyertai Manchester City. Pemergian penyerang prolifik, Robin van Persie pada 18 Ogos 2012 menyaksikan pertahanan berusia 27 tahun itu dilantik selaku kapten Arsenal yang baru.

Nicklas Bendtner vs West Brom 2013Sementara itu, masa depan seorang lagi pemain Arsenal, Nicklas Bendtner juga tidak menentu dan dijangka akan meninggalkan Arsenal pada Januari ini. Lantaran itu, dua kelab Liga Perdana Inggeris, Stoke City dan Hull City menyatakan minat untuk mendapatkan khidmat penyerang antarabangsa Denmark berusia 25 tahun itu. Terdahulu, usaha sebuah kelab Liga Perdana Inggeris, Crystal Palace untuk mendapatkan tandatangan Bendtner tidak membuahkan hasil.

Bendtner dikritik hebat oleh penyokong-penyokong Arsenal selepas gagal beraksi dengan baik ketika Arsenal tewas 0-2 kepada Chelsea dalam saingan Piala Capital One awal pagi Rabu lalu. Dengan kontrak penyerang antarabangsa Denmark itu bakal berakhir pada penghujung musim ini, Arsenal dilihat bersedia untuk menjualnya bagi mengelakan Bendtner meninggalkan Arsenal sebagai ‘free agent’. Pengurus Hull City, Steve Bruce bersedia menyedia dana sebanyak £1 juta untuk mendapatkan Bendtner pada musim panas ini.

This entry was posted in Perpindahan and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply