[LAGENDA] KENNY SANSOM – TANGKAS MENYERANG, AMPUH BERTAHAN

Kenny-Sansom-Arsenal-1980Ramai yang mengenali bek kiri yang sering membantu bahagian serangan Arsenal seperti Nigel Winterburn, Ashley Cole, Gael Clichy dan Kieran Gibbs namum nama Kenny Sansom mungkin agak asing bagi sebilangan besar penyokong-penyokong The Gunners. Produk akademi Palace itu merupakan antara salah seorang bek kiri yang pernah menyinar bersama Arsenal. Kenny Sansom terkena sebagai seorang pemain yang memiliki hantaran tepat dan kental ketika menyerap asakan lawan.

Kenny Sansom atau nama sebenarnya Kenneth Graham Sansom dilahirkan di Camberwell, London dilahirkan pada 26 September 1958. Pertahanan kiri itu tiba di Highbury dari Crystal Palace pada musim panas 1980 dibawa masuk dengan yuran perpindahan sebanyak £1 juta berserta tambahan penyerang muda Arsenal, Clive Allen dalam perjanjian tersebut. Sansom mendapat debut bersama skuad utama Arsenal pada 16 Ogos 1980.

Bersama Arsenal, Sansom telah beraksi dalam 394 perlawanan dengan menjaringkan 6 gol sepanjang 8 musim di Highbury. Namun pada era 1980-an, Arsenal sekadar menghuni kedudukan pertengahan liga dengan hanya menduduki posisi ketiga pada musim 1980/81 serta berada di tempat keempat pada musim 1981/82 dan 1986/87. Namun, akhirnya Sansom berjaya menamatkan kemarau kejuaraan dengan menjulang Piala Liga pada tahun 1987. Kejuaraan itu merupakan yang pertama dan terakhir buat Kenny Sansom.

Perlantikan pengurus baru, George Graham yang membawa masuk Lee Dixon sekaligus mengubah posisi Nigel Winterburn daripada sering beraksi selaku bek kanan kepada posisi bek kiri. Kegagalan mendapat tempat dalam skuad utama menyaksikan Sansom memutuskan untuk meninggalkan Arsenal pada Disember 1988 bagi menyertai Newcastle United. Selain The Magpies, Sansom pun sempat bermain di Queens Park Rangers, Coventry City, Everton, Bradford sebelum mengumumkan persaraan di Watford.

Selain itu, Kenny Sansom turut cemerlang dengan memiliki 86 caps bersama skuad kebangsaan England. Kemampuannya membaca perlawanan dan ketenangan di atas padang serta memiliki terjahan tepat menjadi aset buat dirinya dalam menyekat asakan lawan. Sansom juga terkenal sebagai seorang pemain yang memiliki hantaran tepat serta hantaran silang yang baik serta banyak membantu bahagian serangan.

Incoming search terms:

  • poto kenny sansom pemain arsenal1980
This entry was posted in Lagenda and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply