[KOMENTAR] WENGER BAKAL BERSARA HUJUNG MUSIM INI?

Arsenal v Norwich City - Premier League-2012Persoalan mengenai masa depan pengurus The Gunners, Arsene Wenger terus hangat diperkatakan meskipun pihak pengurusan Arsenal telah mengadakan perbincangan dengan pengendali kelahiran Perancis itu. Kontrak Arsene Wenger bersama Arsenal akan tamat penghujung musim ini namun kedua-dua pihak masih belum mencapai persetujuan untuk kontrak baru buat sang pengurus berusia 63 tahun tahun itu.

Arsene Wenger tampil selaku pengurus The Gunners paling lama berkhidmat sejak mula berkhidmat pada September 1996 sehingga kini. Sepanjang 16 tahun bersama Arsenal, pengurus kelahiran Perancis itu berjaya menghadiahkan 3 kejuaraan Liga Perdana Inggeris, 4 Piala FA dan 4 Perisai Komuniti. Meskipun belum menandatangani kontrak baru namun Wenger menegaskan tetap komited bersama Arsenal sehingga ke penghujung musim ini.

“Seperti yang saya katakan banyak kali, mereka tidak perlu mempersoalkan mengenai komitmen saya bersama kelab ini,” kata Wenger kepada Sky Sports.

“Saya ingin mengulangi apa yang saya katakan di permulaan musim ini – Saya mahu melakukan yang terbaik dan kekal fokus. Saya tenang menghadapi situasi ini.”

“Apa yang penting adalah pemain-pemain memerlukan sokongan untuk terus fokus mencapai sasaran di mana kami berjaya melakukan dengan baik setiap perlawanan,” kata pengurus berusia 63 tahun itu lagi.

Alex-Ferguson-and-Arsene-Wenger-LMASementara itu, bekas bintang Arsenal, Robert Pires turut melaungkan keyakinan bahawa Arsene Wenger bakal mengikut jejak langkah Sir Alex Ferguson di Manchester United. Robert Pires yang kini berusia 40 tahun itu pernah beraksi di bawah kendalian Arsene Wenger dari tahun 2000 hingga 2006 mengakui pengurus kelahiran Perancis itu sangat gembira dengan tugasannya di Arsenal.

“Saya melihat dia (Wenger) sangat bermotivasi dengan perkerjaan bersama Arsenal,” kata Pires kepada Goal.com baru-baru ini.

“Dia sudah membangunkan kelab ini dan memberikan falsafah permainannya. Saya tidak mahu melihat dia berpindah kelab.”

“Pada pendapat saya, takdir dia adalah menamatkan kariernya di sini (Arsenal) seperti Alex Ferguson di Manchester United.”

Arsene-Wenger-local-player-more-loyalJika berdasarkan ramalan kerangka masa Pelan Transformasi 10 Tahun Arsenal (klik di sini) Wenger dijangka akan bersara pada musim 2014/15 selepas berakhirnya projek yang mengubah Arsenal dari sebuah kelab kecil kepada sebuah kelab besar yang mapan serta memiliki kewangan yang kukuh. Dengan Wenger sebagai arkitek utama pelan ini, proses transformasi ini sudah hampir selesai dan tiba masanya untuk beliau melangkah pergi.

Arsene Wenger kemungkinan besar akan bersara penghujung musim ini jika The Gunners berjaya menjulang kejuaraan. Namun jika gagal menjulang kejuaraan atau Wenger masih belum berpuas hati dengan pencapaiannya, pengurus berusia 63 tahun dijangkan menyambung kontrak untuk tempoh 1-2 tahun lagi sebelum bersara. Segala keputusan terletak di tangannya. Dan nama Arsene Wenger akan terus kekal diingat penyokong The Gunners sebagai antara pengurus yang paling berjaya di Arsenal.

This entry was posted in Komentar and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply