[KOMENTAR] REAL MADRID JUAL MESUT OZIL KERANA HUTANG

Mesut-Ozil-vs-PSG-Ogos-2013Bekas pengarah bola sepak Real Madrid, Jorge Valdano mendedahkan bahawa punca sebenar Real Madrid menjual Mesut Ozil untuk mengurangkan bebenan hutang yang ditanggung oleh kelab gergasi Sepanyol itu. Real Madrid kini menanggung bebanan hutang yang tinggi dianggarkan sekitar £456 juta lantaran pembelian pemain yang tidak masuk akal serta pengurusan kewangan yang lemah.

Playmaker antarabangsa Jerman itu tiba di Santiago Bernabue pada Ogos 2010 dengan yuran perpindahan dianggarkan sekitar £11.5 juta dari Werder Bremen. Sepanjang 3 tahun bersama The Galacticos, Mesut Ozil telah melakukan 159 penampilan dengan menjaringkan 27 gol dengan membantu meraih kejuaraan La Liga pada musim 2010/11 dan Copa del Rey pada musim 2011/12 serta Copa Espana pada 2012.

arsene-with-wenger-mesut-ozilMesut Ozil melengkapkan perpindahan ke Stadium Emirates dengan yuran perpindahan sebanyak £42.5 juta sehari selepas Los Blancos menandatangani khidmat pemain sayap Wales, Gareth Bale dengan yuran perpindahan sebanyak £86 juta. Lagenda Real Madrid itu tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya dengan penjualan Ozil namun masih yakin dengan kemampuan skuad bimbingan Carlo Anceloti.

“Perkara utama ialah hutang kelab yang sudah menjangkau €541 juta (£456 juta),” kata Valdano ketika ditanya mengenai penjualan Mesut Ozil.

“Tambahan pula, harga yang dibayar ke atas (Gareth) Bale kelihatan sangat tidak masuk akal.”

“(Mesut) Ozil dibeli dengan harga yang murah kemudiannya dijual dengan harga yang lebih mahal. Penjualan pemain itu akan memberi impak positif kepada akaun namun perbelanjaan tinggi akan terus bertambah,” kata lagenda Real Madrid itu lagi.

This entry was posted in Komentar and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply