[KOMENTAR] RAMSEY MENGINGATKAN SAYA KEPADA CESC FABREGAS

Cesc Fabregas replaced by Aaron Ramsey 2009Lagenda Liverpool, Jamie Carragher mengalu-alukan persembahan mantap yang dipamerkan oleh bintang muda The Gunners, Aaron Ramsey. Meskipun dikritik hebat oleh penyokong-penyokong Arsenal musim lalu lantaran mempamerkan prestasi yang tidak konsisten namun pemain tengah berusia 22 tahun itu bangkit dengan mempamerkan aksi bertenaga musim ini dengan meledak 11 gol dan menghasikan 6 assist setakat ini.

Bekas pertahanan Liverpool berusia 35 tahun yang mengumumkan persaraan pada penghujung musim lalu itu mengakui bahawa Aaron Ramsey merupakan watak penting kepada kebangkitan Arsenal musim ini. Walaupun rakan sekerjanya di SkySports melabelkan Ramsey sebagai ‘Vieira Baru Arsenal’ namun Carragher pula mengakui bahawa persembahan mantap yang dipamerkan oleh pemain antarabangsa Wales itu mengingatkannya kepada bekas kapten Arsenal, Cesc Fabregas.

“(Jika ditanya), Ramsey mengingatkan saya kepada siapa? Bagi saya, Fabregas,” kata Jamie Carragher kepada SkySports Monday Night Football.

“Dia menyumbangkan banyak gol dan assist. Itu yang Aaron Ramsey pamerkan setiap minggu.”

Aaron-Ramsey-vs-Everton-April-2013Pemain kelahiran Caerphilly, Wales itu seringkali disebut-sebut sebagai penganti kepada Cesc Fabregas sebelum ini berdasarkan kualiti dan sumbangan mereka dalam setiap perlawanan meskipun kedua-dua pemain itu memiliki gaya permainan yang berbeza. Aaron Ramsey kini muncul selaku Pemain Terbaik Arsenal bagi bulan ketika berturut-turut sejak Ogos hingga Oktober ini sekaligus kembali menjadi pujaan penyokong-penyokong The Gunners.

Sementara itu, Arsene Wenger gembira dengan peningkatan yang dipamerkan oleh Aaron Ramsey dan mengakui proses pembangunan pemain berusia 22 tahun itu mirip bekas kapten Arsenal, Cesc Fabregas. Pengurus Arsenal itu merupakan watak penting di sebalik prestasi mantap yang dipamerkan oleh Aaron Ramsey. Pemain antarabangsa Wales itu telah meledak 11 gol dalam 16 penampilan bersama The Gunners musim ini.

“Proses pembanguannya (Aaron) mirip Cesc Fabregas. Untuk tempoh masa yang lama turut gagal menjaringkan gol,” kata pengurus berbangsa Perancis itu.

Aaron+Ramsey+Wenger+choiceDia pernah berkata kepada saya ‘Tetapi saya tidak menjaringkan gol’. Saya mengatakan kepadanya ‘Jangan risau, itu hanya untuk sementara waktu sahaja. Apabila gol pertama hadir, yang seterusnya akan menyusul. Kenapa? Kerana anda memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan situasi.’

“Selagi mana anda menyakinkan minda anda untuk tidak menjaringkan gol di mana kemudiannya anda akan terburu-buru dalam perlawanan dan itu yang berlaku. Anda seharusnya lebih bertenang (dalam perlawanan,” kata Wenger lagi.

This entry was posted in Komentar and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply