[KOMENTAR] PELUANG GNABRY KE PIALA DUNIA 2014 MASIH TERBUKA

Serge-Gnabry-Arsenal-wonderkidPengurus Jerman, Joachim Loew mengakui bahawa pemain muda Arsenal, Serge Gnabry masih berpeluang untuk memecah masuk skuad kebangsaan Jerman ke Piala Dunia Brazil 2014. Pemain sayap berusia 18 tahun itu berjaya mendapat debut bersama skuad utama Arsenal pada 22 September tahun lalu ketika menentang Coventry City. Sehingga kini, Gnabry sudah melakukan 10 penampilan dalam skuad utama The Gunners termasuk 5 kemunculan dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Pemain kelahiran Stuttgart, Jerman itu juga telah menandatangani kontrak jangka masa panjang bersama bulan lalu. Musim ini, Gnabry telah beraksi dalam 6 perlawanan bersama Arsenal serta berjaya menjaringkan gol ketika menentang Swansea City sekaligus muncul pemain kedua termuda Arsenal yang menjaringkan gol dalam Liga Perdana Inggeris selepas Jack Wilshere.

Serge-Gnabry-goal-vs-Swansea-City-2013Joachim Loew bersama pembantunya, Hansi Flick turut serta menyaksikan perlawanan di Stadium Liberty pada 28 September lalu menyaksikan Arsenal menang 2-1 hasil jaringan Aaron Ramsey dan Serge Gnabry. Pengurus skuad kebangsaan Jerman itu tidak menolak kemungkinan untuk menyenaraikan Serge Gnabry dalam skuad Jerman ke Piala Dunia Brazil 2014.

“Pemain muda itu (Gnabry) sangat bagus. Dia memiliki kualiti yang bagus. Saya masih membuka pintu untuknya (ke Piala Dunia Brazil 2014). Kami sentiasa memerhatikan perkembangannya,” kata Joachim Loew selepas tamat perlawanan antara Jerman dan England pada Selasa lalu.

Setakat ini, Serge Gnabry telah mewakili skuad Jerman B-17 dan B-19 tahun namun sukar untuk menembusi tempok skuad utama lantaran Jerman memiliki ramai pemain-pemain muda berbakat. Pemain muda Arsenal masih berpeluang untuk beraksi dalam skuad utama Jerman pada 5 Mac nanti menentang Chile di Stuttgart sebelum Loew menamakan skuad kemungkinan ke Piala Dunia Brazil 2014.

This entry was posted in Komentar and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply