[KOMENTAR] MESSI MASIH PEMAIN TERBAIK DUNIA – WILSHERE

jack-wilshere-arsenal-vs-barcelonaPersaingan untuk merebut gelaran Ballon d’Or tahun ini tampak sangat sengit dengan menyaksikan persaingan tiga penjuru antara Lionel Messi, Cristiano Ronaldo dan Franck Ribery selain Zlatan Ibrahimovic yang turut tersenarai dalam senarai pencalonan. Ballon d’Or atau dalam bahasa Melayu bermaksud Bola Emas merupakan penghargaan untuk pemain bola sepak yang dicipta oleh majalah France Football pada 1956 untuk pemain yang beraksei cemerlang sepanjang tahun.

Juara bertahan, Lionel Messi yang berjaya meraih anugerah ini dalam 4 tahun terakhir kini mula terancam untuk meraih gelaran lantaran dihimpit masalah kecederaan yang dialaminya namun sumbangan bersama Barcelona dan Argentina sepanjang tahun ini tidak boleh dinafikan lagi. Sementara itu, Cristiano Ronaldo turut disebut-sebut sebagai pencabar utama gelaran Ballon d’Or tahun dengan beraksi cemerlang dan berjaya membantu Portugal beraksi di Piala Dunia 2014 menerusi 4 gol ketika menewaskan Sweden dalam perlawanan play-off.

Bintang tengah Perancis, Franck Ribery yang cemerlang membantu Bayern Munich menjulang kejuaraan trebel musim lalu serta membantu Perancis mara ke pusingan akhir Piala Dunia di Brazil tahun depan selepas menewaskan Ukraine 3-2 secara aggregate. Manakala Zlatan Ibrahimovic pula turut beraksi konsisten bersama-sama Paris Saint-Germain dan skuad kebangsaan Sweden. Namun, bintang muda Arsenal, Jack Wilshere tetap memilih Lionel Messi sebagai pemain terbaik tahun ini berbanding calon-calon yang lain.

“Ramai orang yang mengatakan Cristiano Ronaldo adalah pemain terbaik dunia (tahun ini) tetapi bagi saya tetap (Lionel) Messi,” kata Jack Wilshere.

This entry was posted in Komentar and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply