[KOMENTAR] ARSENAL PASUKAN YANG SAYA PALING SUKAI – LIPPI

Marcello-Lippi-Italy-coachPersembahan garang Arsenal bagi musim 2013/14 setakat ini telah mendapat komen positif daripada bekas pengurus Juventus, Marcello Lippi. The Gunners kini gah menguasai tahta Liga Perdana Inggeris  selepas minggu ke-14 serta cemerlang memimpin kumpulan F dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah setakat ini. Pengendali kelahiran Itali itu mengakui bahawa Arsenal merupakan pasukan yang paling disukai olehnya kerana menampilkan corak permainan yang menarik.

Marcello Lippi berpendapat bahawa Arsenal mampu pergi jauh dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah musim ini. Kedatangan Mesut Ozil dari Real Madrid pada bursa jendela perpindahan musim panas lalu telah memberikan keyakinan diri yang luar biasa dalam diri pemain-pemain The Gunners. Walaupun tewas dalam dua perlawanan terakhir, Lippi menegaskan bahawa Arsenal masih mampu menggegar saingan pentas Eropah musim ini.

“Di antara pasukan-pasukan Inggeris, Arsenal adalah pasukan yang paling saya sukai. Mereka tampil lebih kuat berbanding musim lalu dan mampu mara jauh dalam salam kejohanan (Liga Juara-Juara Eropah) ini,” kata jurulatih yang pernah membawa Itali menjulang Piala Dunia pada 2006 itu.

Mathieu-Flamini-vs-Man-United-November-2013Marcello Lippi yang pernah memimpin Juventus menjulang Liga Juara-Juara Eropah paa musim 1995/96 kini mengendali kelab China, Guangzhou Evergrande. Dalam masa yang sama, pelatih berusia 64 tahun itu turut mengikut perkembangan Manchester United sejak ditinggalkan oleh Sir Alex Ferguson. Lippi mengakui bahawa persembahan The Red Devils sedikit menurut sejak diambil alih oleh David Moyes dan menegaskan bahawa Manchester United itu memerlukan sedikit masa untuk mengimbangi pasukan sejak bertukar pengurus.

“Mereka (Manchester United) dalam proses peralihan. David Moyes bukan punca masalah kerana bagi sesiapa pun sangat sukat untuk mengantik seorang ikon kelab yang hebat seperti Sir Alex Ferguson,” kata Marcello Lippi lagi.

This entry was posted in Komentar and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply