[KOMENTAR] ARSENAL LAYAK MENJULANG LIGA JUARA-JUARA EROPAH – KLOPP

Arsenal-goal-celebration-2013Pengurus Borussia Dortmund, Jurgen Klopp mengakui The Gunners mampu menjulang kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah musim ini jika berjaya mengelak daripada bertemu dengan juara bertahan, Bayern Munich. Pengurus berusia 46 tahun menyaksikan skuad bimbinganya tewas 0-1 kepada Arsenal di Westfalenstadion, Signal Iguna Park sekaligus meleburkan rekod kebal Dortmund di laman sendiri semalam.

“Ya (Arsenal boleh menjulang kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah). Mereka memiliki skuad yang muda, cergas dan teknik yang bagus,” kata Klopp ketika ditanya mengenai kemampuan Arsenal musim ini.

“Mereka bermain dengan cukup cemerlang malam ini (semalam) dan boleh mara ke perlawanan akhir  dan memenanginya – selagi tidak bertemu dengan Bayern Munich.”

Di sebalik kekalahan kepada Arsenal semalam, Jurgen Klopp masih menaruh harapan untuk mara ke pusingan seterusnya tetapi harus menewaskan Napoli dan Marseille dalam 2 perlawanan terakhir kumpulan F. Borussia Dortmund tidak pernah tewas kepada kelab Inggeris di laman sendiri namun jaringan tunggal Aaron Ramsey pada minit ke-62 sudah cukup untuk meleburkan rekod cemerlang Die Borussen di Wesfalenstadion.

“Kami melakukan 11 percubaan sebelum mereka menjaringkan gol (hanya dengan satu percubaan sahaja). Kadang kala mereka bertahan dengan cukup baik dengan 4 kaki tetapi dalam bola sepak yang paling penting adalah keputusan.”

“Ia sangat sukar selepas perlawanan semalam tetapi kami harus melihat kehadapan. Ini merupakan satu kumpulan yang sukar dan kami akan gembira jika dapat memenangi 2 perlawanan terakhir sekaligus mara,” kata Jurgen Klopp lagi.

Borussia Dortmund merupakan finalis Liga Juara-Juara Eropah musim lalu sebelum tewas 1-2 kepada kelab senegara, Bayern Munich di Stadium Wembley, London. Juara bertahan Bundesliga dua musim berturut-turut pada 2010/11 dan 2011/12 itu kini berada di kedudukan kedua Bundesliga dengan mengumpul 28 mata selepas 11 perlawanan, satu mata di belakang pendahulu liga, Bayern Munich.

This entry was posted in Komentar and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply