[KECEDERAAN] WILSHERE TERPAKSA DIKETEPIKAN, GIBBS CERGAS

jack-wilshere-suffered-ankle-injuryBintang muda England, Jack Wilshere sudah pasti terlepas dua pertemuan penting Arsenal menentang Borussia Dortmund dan Manchester United minggu ini selepas mengalami kecederaan. Namun, Arsene Wenger mendapat perkhabaran gembira apabila 3 tonggak utama, Mathieu Flamini, Kieran Gibbs dan Theo Walcott sudah pulih dari kecederaan dan sedia untuk kembali dalam kunjungan ke Old Trafford hujung minggu ini.

Khamis lalu, Wilshere mengalami terpaksa diketepikan selepas mengalami kecederaan buku lali berulang semasa sesi latihan sebelum perlawanan menentang Liverpool. Kecederaan itu menyaksikan Wilshere bakal diketepikan untuk tempoh 2 minggu sekaligus terlepas perlawanan persahabatan antarabangsa bersama England. Penghujung Mei lalu, pemain berusia 21 tahun telah menjalani pembedahan buku lali dan terpaksa diketepikan untuk tempoh 2 bulan.

Kieran-Gibbs-Arsenal-2013Sementara itu, Gibbs pula mengalami kecederaan betis ketika beraksi dalam perlawanan menentang Liverpool dan terpaksa digantikan dengan Thomas Vermaelen pada minit ke-78. Namun, kecederaan bek kiri berusia 25 tahun itu tidak serius dan bakal kembali untuk pertemuan menentang Dortmund esok. Namun, Wenger dijangka akan menurunkan bek kiri Sepanyol, Nacho Monreal bagi memberikan rehat yang cukup untuk Gibbs.

Bintang muda Jerman, Serge Gnabry pula sudah pulih dari kecederaan buku lali dan sedia menyertai skuad Arsenal ke Dortmund. Theo Walcott dan Thomas Eisfeld pula kembali menjalani latihan penuh bersama The Gunners. Namun, malang menimpa Abou Diaby apabila terus berehat panjang sehingga Mac nanti lantaran belum pulih dari kecederaan ACL yg dialaminya.

This entry was posted in Kecederaan and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply