[KECEDERAAN] LUKAS PODOLSKI DISISIHKAN SEHINGGA DISEMBER INI

Lukas-Podolski-girang-di-tengah-pemain-FulhamLukas Podolski terpaksa menunggu sehingga awal Disember nanti untuk beraksi bersama Arsenal selepas kecederaan hamstring yang dialami lebih serius daripada jangkaan awal. Penyerang antarabangsa Jerman itu pada awalnya dijangka akan diketepikan untuk tempoh 8-10 minggu selepas mengalami kecederaan pada awal September lalu. Namun, doktor yang merawat Podolski, Hans Muller-Wolfhart memaklumkan bahawa Podolski hanya akan kembali beraksi pada awal bulan depan.

Penyerang berusia 28 tahun itu kini dalam proses pemulihan dan mula menjalani sesi latihan ringan secara rutin. Podolski sudah melalukan latihan larian di atas padang namun masih belum berlatih dengan bola. Pemain kelahiran Gliwice, Poland itu sekali lagi bakal terlepas aksi antarabangsa bersama skuad kebangsaan Jerman pertengahan bulan ini menentang Itali dan England. Podolski turut melahirkan kekecewaannya lantaran masih belum dapat beraksi bersama The Gunners.

“Sayang sekali, saya harus berehat buat sementara waktu. Mungkin jumlahnya akan menjadi 3 bulan (sejak Ogos lalu),” kata Podolski kepada Goal.com.

Penyerang antarabangsa Jerman itu dijangka akan kembali pada 8 Disember ini dalam perlawanan menentang Everton. Sementara itu, Theo Walcott juga sudah pulih dari kecederaan abdomen dan mula menjalani latihan penuh pada Rabu lalu. Jack Wilshere dan Mathieu Flamini juga sudah pulih dari kecederaan dan sedia beraksi menentang Manchester United hujung minggu ini.

This entry was posted in Kecederaan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply