[EPL] PERTEMBUNGAN BUKU BERTEMU RUAS – ARSENAL VS LIVERPOOL

matchday-arsenal-vs-liverpoolPertemuan mendebarkan ‘Top of the Table Clash’ ini bakal menentukan siapakah yang berhak menakluk tahta Liga Perdana Inggeris. Arsenal kini gah mengungguli persada liga dengan 22 mata selepas 9 perlawanan dengan diekori rapat oleh Liverpool yang cuma ketinggalan dua mata di tempat kedua. Perlawanan ini juga bakal menjadi kayu pengukur buat kedua-dua pasukan dalam usaha untuk merang kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Arsene Wenger pasti resah tanpa khidmat ‘orang besi’ Mathieu Flamini yang terpaksa diketepikan kerana kecederaan groin sementara Lukas Podolski, Theo Walcott dan Alex Oxlade-Chamberlain yang disisihkan kerana belum pulih sepenuhnya dari kecederaan. Sementara itu, Jack Wilshere turut berada dalam keraguan selepas megalami kecederaan buku lali. Namun, Mikel Arteta kembali dari pengantungan satu perlawanan untuk mengemudi jentera tengah Arsenal.

Di kem Liverpool, Brendan Rogers ceria apabila bakal menerima kepulangan semua pemain sayap sensasi Brazil, Philippe Coutinho yang berehat selama 6 minggu kerana kecederaan bahu. Namun, bek kiri Sepanyol, Jose Enrique terus diketepikan selepas belum pulih dari kecederaan lututnya. Penyerang kelahiran Sepanyol, Iago Aspas turut diketepikan kerana mengalami kecederaan paha.

PERCATURAN TAKTIKAL

Arsene Wenger bakal mempertaruhkan gandingan Laurent Koscielny dan Per Mertesacker bersama Kieran Gibbs dan Bacary Sagna untuk mengekang duo serangan Liverpool, Luis Suarez dan Daniel Sturridge. Sementara itu, Aaron Ramsey kembali mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Mathieu Flamini. Ketiadaan pemain tengah Perancis itu jelas dirasai menyaksikan Arsenal tewas dalam 2 pertemuan menentang Borussia Dortmund dan Chelsea.

Mikel Arteta dijangka bakal mengetuai Arsenal dengan bertindak selaku deep lying plamaker. Bintang Jerman, Mesut Ozil pula bakal memainkan peranan selaku playmaker Arsenal dengan Santi Cazorla bakal bertindak di bahagian sayap kiri manakala Tomas Rosicky bakal mengerakkan serangan di bahagian sayap kanan. Olivier Giroud terus diberi peranan selaku targetman untuk merobek benteng The Reds.

Sementara itu, Liverpool dijangka akan menggunakan taktikal 3-5-2 dengan Kolo Toure, Martin Skrtel dan Mamadou Sakho bakal bertindak selaku center-back. Aly Cissokho dan Glenn Johnson pula bakal memainkan peranan selaku wing-back Liverpool. Lucas Leiva yang bertindak sebagai defensive midfielder manakala Steven Gerrard dan Philippe Coutinho bakal merencana serang Liverpool. Luis Suarez dan Daniel Sturridge pula bakal bergabung untuk merobek gawang The Gunners.

Aaron+Ramsey+Arsenal+v+Liverpool+2013Koscielny dijangka akan melakukan man-on-man marking ke atas Suarez manakala Arteta pula bakal mengawal pergerakan Coutinho. Ramsey pula bertindak selaku box-to-box midfielder yang menjadi nadi penghubung di bahagian tengah Arsenal. Pertahanan The Reds, Skrtel pula bakal melakukan man-on-man marking ke atas Giroud manakala Lucas pula mengawal pergerakan Ozil daripada mencipta gerakan buat The Gunners.

Kunci utama perlawanan malam ini pastinya di bahagian tengah yang bakal menentukan keputusan perlawanan. Perlawanan dijangka akan bermula hambar dengan kedua-dua pasukan beraksi dengan penuh berhati-hati namun gol awal bakal mengubah tempo dan corak perlawanan. Steven Gerrard dan Mesut Ozil bakal menjadi kunci utama kepada persembahan pasukan masing-masing.

BARISAN KEMUNGKINAN

barisan-kemungkinan-Arsenal-v-Liverpool-Nov-2013Tarikh : 3 November 2013

Waktu : 1.30 pagi (waktu Malaysia)

Venue : Stadium Emirates, London

Pengadil : Martin Atkinson

Ramalan : Arsenal (2) vs Liverpool (1)

FAKTA MENARIK

  • Perlawanan ini merupakan pertemuan ke-215 bagi kedua-dua pasukan dengan 82 kemenangan memihak kepada Liverpool manakala Arsenal berjaya memenangi 76 kali.
  • Arsenal merupakan satu-satunya pasukan yang berjaya menjaringkan gol dalam setiap perlawanan Liga Perdana Inggeris setakat ini.
  • Liverpool hanya memenangi satu perlawanan daripada 12 pertemuan terakhir menentang The Gunners.
  • Arsenal paling kurang produktif pada bulan November dengan mencatatkan 1.55 purata setiap perlawanan.
  • Liverpool berjaya mengekalkan rekod tanpa bolos dalam 3 perlawanan awal liga namun bolos dalam enam perlawanan terakhir.
  • Daniel Sturridge berjaya menjaringkan 14 gol dalam 14 perlawanan liga bersama Liverpool.
  • Aaron Ramsey berjaya menjaringkan 5 gol dan menghasilkan 4 assist dalam 6 perlawanan terakhir liga.
  • Luis Suarez berjaya menjaringkan 6 gol dan menghasilkan 1 assist dalam 4 perlawanan sejak kembali dari pengantungan awal Oktober lalu.
  • Bacary Sagna bakal melakukan penampilan ke-250 bersama The Gunners.
  • Simon Mignolet turun dalam perlawanan ke-100 Liga Perdana Inggeris malam ini.
This entry was posted in Pra-Perlawanan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply