[EPL] MISI 3 MATA BERHARGA ARSENAL DI CARDIFF CITY

matchday-Cardiff-City-v-ArsenalArsenal bakal bertandang ke Cardiff City dengan misi untuk meraih 3 mata bagi mengukuhkan cengkaman di persada liga. Arsenal kini gah menghuni tahta liga dengan meraih 28 mata manakala Cardiff City pula di kedudukan ke-15 dengan mengumpul 13 mata selepas 12 perlawanan. Sementara itu, skuad bimbingan Malky Mackay pula bakal berbekal semangat juang yang tinggi selepas berjaya mengikat Manchester United di Old Trafford hujung minggu lalu.

Aaron Ramsey bakal melakukan kepulangan semula ke kelab remajanya sebelum menyertai The Gunners pada 2008. Arsenal terbang ke ibu kota Wales tanpa Lukas Podolski, Alex Oxlade-Chamberlain dan Yaya Sanogo yang terus diketepikan kerana kecederaan namun Mikel Arteta dan Kieran Gibbs kembali menyertai skuad. Sementara skuad Cardiff City pula bebas dari sebarang kecederaan dan dijangka akan menurunkan skuad yang sama ketika mengikat Manchester United.

PERCATURAN TAKTIKAL

Arsene Wenger dijangka akan melakukan sedikit perubahan dengan Mikel Arteta, Theo Walcott dan Kieran Gibbs kembali ke dalam skuad utama sementara beberapa pemain akan direhatkan. Mathieu Flamini dan Jack Wilshere dan bakal rehatkan dalam perlawanan ini. Wojciech Szczesny kekal selaku penjaga gawang The Gunners dengan gandingan Per Mertesacker dan Laurent Koscielny bersama-sama Keiran Gibbs dan Bacary Sagna akan terus diberi kepercayaan untuk mengawal benteng Arsenal.

Sementara itu, Mikel Arteta dan Aaron Ramsey bakal memainkan peranan di bahagian tengah Arsenal manakala Mesut Ozil akan bertindak selaku playmaker bagi menrencana serangan The Gunners. Theo Walcott pula bakal mengerakan serangan dari sebelah kanan manakala Santi Cazorla pula beraksi di sebelah kiri. Olivier Giroud kekal selaku center foward dalam merobek gawang The Bluebird.

Malky Mackay pula bakal menurunkan David Marshall selaku penjaga gol utama sementara Theophile-Catherine, Steven Caulker, Ben Turner dan Andrew Taylor bakal membentuk gandingan back four Cardiff City. Gary Medel pula bakal bertindak selaku defensive midfielder manakala Jordon Mutch dan Peter Whittingham mengerak jentera tengah The Bluebird dengan dibantu oleh Peter Odemwingie dan Don Cowie di bahagian sayap sementara Fraiser Campbell kekal selaku penyerang tunggal.

arsenal-ramsey-walcott-giroudPerlawanan malam ini bakal menyaksikan Laurent Koscielny bakal melakukan man-on-man marking ke atas penyerang lincah Cardiff, Campbell manakala Arteta pula pula diberi peranan untuk membayangi pergerakan Mutch. Sementara itu, Sagna turut berdepan tugas berat untuk mengekang pergerakan  Odemwingie manakala Gibbs pula cuba untuk menyekat pergerakan Cowie di bahagian sayap kanan Cardiff.

Defensive midfielder Cardiff, Gary Medel pula akan cuba untuk merantai pergerakan Ozil daripada melakukan hantaran-hantaran berbahaya buat Walcott dan Giroud. Pertahanan tengah, Steven Caulker akan melakukan man-on-man marking ke atas Giroud sementara Taylor bakal membayangi pergerakan Walcott. Cazorla pula akan cuba melepasi kawalan daripada bek kanan Cardiff, Theophile-Catherine.

Namun, perlawanan malam ini dijangka akan bermula hambar dengan Cardiff City akan lebih banyak berkampung di kawasan sendiri sambil mengharapkan serangan balas pantas di bahagian sayap serta hantaran-hantaran jauh mencari Fraiser Campbell. Corak permainan keras dan kawalan ketat ke atas pemain lawan bakal diamalkan oleh Cardiff City. The Gunners pula bakal berusaha untuk mencari gol awal permainan bagi mengubah tempo perlawanan.

BARISAN KEMUNGKINAN

line-up-Cardiff-City-vs-ArsenalTarikh : 30 November 2013

Waktu : 11.00 malam (waktu Malaysia)

Venue : Stadium Cardiff City, Wales

Pengadil : Lee Mason

Ramalan : Cardiff City (0) vs Arsenal (3)

FAKTA MENARIK

  • Perlawanan pertama liga antara Arsenal dan Cardiff City berlangsung pada 17 Mac 1961 berakhir dengan keputusan 1-1.
  • Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu pada Februari 2009 dalam saingan Piala FA menyaksikan Arsenal 4-0.
  • Arsenal hanya gagal menjaringkan gol dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris musim ini ketika menentang Manchester United.
  • Cardiff City berjaya menewaskan Manchester City serta mencuri satu mata daripada Manchester United musim ini.
  • Aaron Ramsey merupakan produk akademi Cardiff City dan pernah beraksi dalam 16 perlawanan sebelum berhijrah ke Arsenal pada 2008.
  • Arsenal tidak pernah tewas kepada Cardiff City dalam 11 perlawanan terakhir.
  • Aaron Ramsey merupakan pemain yang paling banyak (57) melakukan terjahan dalam liga musim ini.
  • Peter Odemwingie berjaya menjaringkan 2 gol daripada 3 perlawanan terakhir menentang Arsenal.
  • Laurent Koscielny bakal melakukan penampilan ke-100 bersama Arsenal malam ini.
This entry was posted in Pra-Perlawanan and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply