[EPL] ARSENAL CEMAS HADAPI TEMBOK KEBAL SOUTHAMPTON

arsenal-vs-southampton-sept-2012Arsenal bakal menanti kunjungan Southampton penuh debaran menjelang perlawanan ke-12 Liga Perdana Inggeris hujung minggu ini. Skuad bimbingan Arsene Wenger berada di persada liga dengan meraih 25 mata namun hanya 2 mata mengatasi Liverpool di tempat kedua. Sementara itu, Southampton berjaya mempamerkan aksi yang mantap dan mengekalkan fokus untuk berada di kedudukan ke-3 liga dengan mengumpul 22 mata selepas 11 perlawanan setakat ini.

The Gunners sudah pasti terlepas khidmat pemain tengah kental, Mathieu Flamini yang menjalani pengantungan satu perlawanan selepas menerima 5 kad kuning. Sementara itu, Lukas Podolski akan akan disisihkan untuk tempoh 3 minggu akan datang manakala Alex Oxlade-Chamberlain hanya akan kembali beraksi pada awal Januari nanti. Namun, Theo Walcott dilaporkan cergas sepenuhnya dan sedia untuk kembali dalam perlawanan malam ini.

Pengurus Southampton, Mauricio Pochettino pula tidak berdepan masalah kecederaan yang serius. Namun, Southampton bakal kehilangan Gaston Ramirez yang dilaporkan tidak cergas selepas menjalani tugasan antarabangsa bersama Uruguay namun penyerang, Argentina, Dani Osvaldo yang mengalami allergi minggu lalu. Jack Cork dan Guly do Prado pula akan terus diketepikan untuk tempoh jangka masa panjang.

PERCATURAN TAKTIKAL

per-mertesacker-vs-southampton-sept-2012Arsene Wenger dijangka akan terus mempertaruhkan Wojciech Szczesny bersama-sama dengan gandingan ‘back four’ Sagna-Mertesacker-Koscielny-Gibbs yang cemerlang musim ini. Sementara itu, sedikit rombakan di bahagian tengah dengan Jack Wilshere akan kembali bergandingan dengan Mikel Arteta selepas Mathieu Flamini tidak dapat beraksi kerana pengantungan.

Playmaker Jerman, Mesus Ozil pula akan terus mencuri perhatian daripada mengucar-kacirkan benteng pertahanan Southampton malam ini. Sementara itu, Santi Cazorla akan merencanakan serangan dari bahagian sayap kiri manakala Aaron Ramsey kekal merencana serangan dari sebelah sayap kanan The Gunners. Olivier Giroud kekal selaku targetman bagi jentera serangan Arsenal malam ini.

Di kem Southampton pula, Artur Boruc kekal mengemudi gawang The Saints manakala Dejan Lovren bersama Jose Fonte bakal mengawal benteng Southampton dibantu oleh Nathaniel Clyne dan Luke Shaw. Bahagian defensive midfielder pula bakal dikemudi oleh Morgan Schneiderlin dan Victor Wanyama. Sementara itu, Adam Lallana bakal merencana serangan The Saints dengan dibantu oleh Ward-Prowse dan Jay Rodriguez manakala Rickie Lambert terus diberikan merobek gawang lawan.

Pertahanan Arsenal, Mertesacker akan bertindak selaku sweeper dan Koscielny akan diberi tugasan melakukan man-on-man marking ke atas Rickie Lambert manakala Arteta pula bakal mengawal pergerakan playmaker Southampton, Adam Lallana.  Mesut Ozil yang bakal bertukar posisi dengan Santi Cazorla bagi mengelak dirantai oleh Morgan Schneiderlin untuk mengucar-kacirkan pertahanan The Saints.

Aaron Ramsey akan bermain secara free-role malam ini dengan bakal bertukar posisi dengan Cazorla dan Ozil sementara Giroud bakal dikawal ketat oleh Dejan Lovren. Perlawanan minggu ini sekali lagi bakal menyaksikan penguasaan di bahagian tengah yang bakal menentukan pasukan manakah yang akan meraih 3 mata berharga. Namun, Southampton dijangkan akan lebih bayak bertahan dengan mengharap serangan balas pantas di bahagian sayap.

BARISAN KEMUNGKINAN

line-up-Arsenal-v-Soton-23-Nov-2013Tarikh : 23 November 2013

Waktu : 11.00 malam (waktu Malaysia)

Venue : Stadium Emirates, London

Pengadil : Mark Clattenburg

Ramalan : Arsenal (2) vs Southampton (0)

FAKTA MENARIK

  • Arsenal tidak pernah tewas dalam 18 perlawanan di tempat sendiri kepada Southampton sejak kali tumpas 0-1 menerusi jaringan Danny Wallace pada 21 November 1987.
  • Benteng pertahanan Southampton beraksi cemerlang musim ini dengan hanya melepas 5 gol dan mengekalkan 6 rekod tanpa bolos dalam 11 perlawanan liga setakat ini.
  • Arsenal hanya gagal menjaringkan gol dalam dua perlawanan (menentang Chelsea dan Man United) sejak Ogos lalu.
  • Southampton tidak pernah tewas dalam 8 perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris.
  • Aaron Ramsey muncul selaku penjaring utama Arsenal dengan menjaringkan 11 gol dalam 18 perlawanan musim ini.
  • Mesut Ozil, Olivier Giroud dan Aaron Ramsey muncul selaku pemain yang melakukan assist yang paling banyak dalam Liga Perdana Inggeris dengan 4 assist.
This entry was posted in Pra-Perlawanan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply