[CORETAN] PENYOKONG ARSENAL SEPERTI MENONTON WAYANG – ARSHAVIN

andrey-arshavin-celebrate-gol-vs-coventryMeskipun banyak menyimpan memori indah di Stadium Emirates selepas menghabiskan tempoh 4 musim bersama The Gunners namun Andrei Arshavin tetap mengkritik sikap penyokong-penyokong Arsenal. Mantan kapten skuad kebangsaan Russia menyertai Arsenal dari Zenit St. Petersburg pada 2 Februari 2008 dengan yuran perpindahan sebanyak £15 juta. Musim panas lalu, pemain berusia 32 tahun melengkapkan kepulangan semula ke Zenit St. Petersburg dengan yuran perpindahan yang ditidak didedahkan.

Pemain kelahiran St. Petersburg itu telah melakukan 143 penampilan dengan menjaringkan 31 gol dan menghasilkan 41 assist sepanjang bersama The Gunners. Arshavin menganggap penyokong-penyokong Arsenal terlalu sopan ketik menonton perlawanan. Mantan kapten Russia itu mendakwa dirinya gagal bermotivasi meskipun beraksi di laman sendiri lantaran sikap penyokong-penyokong Arsenal yang seperti sedang menonton wayang dan bukan menyaksikan perlawanan bola sepak.

Arsenal-Fans“Suasana di Stadium Emirates terasa seperti penonton yang duduk di bangku wayang yang bagus, membeli tiket yang mahal dan ingin melihat sebuah pertunjukan, bukannya untuk menyokong pasukan kesayangan mereka,” kata Arshavin kepada The Sun UK.

“Rasanya kami seperti tidak mendapat kelebihan bermain di laman sendiri. Ramai bekas pemain dan lagenda Arsenal yang pernah merasai aura di Highbury sering mengeluh bahawa persekitaran baru tidak cukup bagus.”

Kenyataan Arshavin itu ada asasnya selepas Arsenal tewas dua kali berturut-turut dalam dua perlawanan terakhir di Stadium Emirates. The Gunners turut tewas 1-3 kepada Aston Villa pada aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris pada 24 Ogos lalu. Sebaliknya, skuad bimbingan Arsene Wenger memiliki rekod cemerlang di tempat lawan dengan mencatatkan 13 kemenangan dan satu seri dalam 14 perlawanan terakhir di tempat lawan.

This entry was posted in Coretan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply