[CORETAN] PER MERTESACKER MAHU KEKAL DI STADIUM EMIRATES

Per-Mertesacker-Arsenal-v-Stoke-City-2013Persembahan mantap Per Mertesacker musim ini jelas berjaya membantu kejayaan dalam saingan Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara Eropah setakat ini. Gandingan Mertesacker dan Koscielny hanya melepaskan 10 gol dalam 12 perlawanan liga setakat ini. Kini, Arsenal dalam proses perbincangan kontrak baru untuk pertahanan antarabangsa Jerman berusia 29 tahun itu dengan kontraknya berbaki satu setengah tahun lagi.

Mertesacker tiba pada hari-hari terakhir jendela perpindahan musim panas 2011 dari kelab Bundesliga, Werder Bremen dengan yuran perpindahan dianggarkan bernilai £8 juta. Meskipun tampak sukar menyesuaikan diri dengan corak permainan Liga Perdana Inggeris namun kecederaan yang menimpa kapten Arsenal, Thomas Vermaelen membuka ruang kepadanya untuk beraksi dalam kesebelsan utama The Gunners.

Pemain yang memiliki ketinggian 6 kaki 6 inci ini berjaya beraksi cemerlang pada musim berikut sekaligus membentuk gandingan mantap bersama Laurent Koscielny. Malah, Mertesacker mendapat kepercayaan untuk menjai penolong kapten kepada Thomas Vermaelen dan berjaya melakukan 89 penampilan dengan menjaringkan 4 gol bersama Arsenal setakat ini. Sementara itu, Mertesacker menegaskan dirinya gembira di Arsenal dan mahu terus kekal di Stadium Emirates.

per-mertesacker-goal-vs-tottenham-hotspurs“Saya sangat gembira di sini (Arsenal). Musim pertama sangat sukar bagi saya, cabarannya cukup hebat tetapi kelab dan pengurus sering memberi kepercayaan kepada saya denganc ara yang istimewa,” kata Mertesacker kepada Evening Standard.

“Saya juga mengalami kecederaan yang serius pada musim pertama saya, jadi saya memerlukan masa yang agak lama untuk menyesuaikan diri di sini.”

“Saya menganggap kontrak baru untuk saya apabila kami berbincang (mengenai kontrak baru) kerana saya masih memiliki kontrak berbaki 1.5 tahun lagi.”

“Tiada yang tergesa-gesa tetapi ramai pihak gembira dengan persembahan saya ketika ini. Saya juga gembira dengan situasi ini.”

“Saya memerlukan masa untuk mencapai tahap ini. Tetapi pengurus sentiasa memberi kepercayaan kepada dan mereka mengatakan saya cukup bijak untuk mengatasi masalah ini,” kata pertahanan antarabangsa Jerman itu lagi.

This entry was posted in Coretan and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply