[CORETAN] ITU MERUPAKAN JARINGAN TERBAIK SAYA – AARON RAMSEY

Aaron Ramsey mengakui bahawa jaringannya ketika menentang Liverpool semalam merupakan gol terbaik sepanjang kariernya setakat ini. Pemain antarabangsa Wales berusia 22 tahun itu meledak gol kedua The Gunners untuk membantu menundukan Liverpool 2-0 di Stadium Emirates semalam. Musim ini, Ramsey sudah menjaringkan 10 gol untuk Arsenal termasuk 6 gol dalam saingan Liga Perdana Inggeris setakat ini.

Gol Ramsey itu bermula dariĀ  gerakan Mesut Ozil sebelah kanan yang melakukan hantaran lambung kepada pemain antarabangsa Wales itu. Meskipun cuba dihalang oleh Kolo Toure namun Ramsey sempat menunggu beberapa saat sebelum melepaskan sepakan half-volley kencang yang berjaya menewaskan Simon Mignolet. Jaringan tersebut nyata memberi ransangan motivasi buat pemain-pemain Arsenal untuk terus fokus bagi mencatatkan kemenangan berharga semalam.

“Sudah tentu itu menjadi gol terbaik yang pernah saya hasilkan setakat ini,” kata Ramsey kepada laman rasmi Premier League.

“Liverpool kini sedang berada di prestasi yang bagus namun kami berjaya menewaskan mereka dan membawa kami untuk unggul memenangi perlawanan (semalam).”

Aaron+Ramsey+Wenger+choiceSementara itu, pengurus Arsenal, Arsene Wenger memuji peningkatan yang dipamerkan oleh Aaron Ramsey yang bergelut untuk pulih dari kecederaan serius yang dialaminya pada Februari 2010. Pengurus berbangsa Perancis berusia 64 tahun itu turut mengakui terkejut serta terpesona dengan jaringan cantik yang dilakukan oleh Aaron Ramsey ketika menentang Liverpool semalam.

“Aaron Ramsey menjaringkan yang mengejutkan. Kami sememangnya memiliki pemain terbaik yang berada di atas padang,” kata Wenger selepas tamat perlawanan semalam.

“Aaron merupakan seorang pemain yang masih muda dan memiliki banyak ruang untuk berkembang. Namun, dia sudah memiliki cukup keyakinan diri ketika berada di depan gawang lawan.”

“Kelebihan 5 mata ini merupakan sesuatu yang cukup positif. Namun, musim masih panjang,” kata pengurus berusia 64 tahun itu lagi.

 

This entry was posted in Coretan and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply