[CORETAN] BAJU MESUT OZIL UNTUK MOURINHO JUNIOR

Mourinho gets Mesut Ozil jerseyPengurus Chelsea, Jose Mourinho mengejutkan ramai pihak apabila bertindak meminta jersi milik playmaker Arsenal, Mesut Ozil selepas tamat perlawanan awal pagi Rabu lalu. Tindakan pengurus yang terkenal dengan ego yang tinggi itu menimbulkan pelbagai spekulasi oleh media tempatan. Dalam perlawanan tersebut, Arsenal tumpas 0-2 kepada Chelsea menerusi jaringan Cezar Azpilicueta (min 26) dan Juan Mata (min 67) sekaligus tersingkir di pusingan ke-4 Piala Capital One.

Pengurus berbangsa Portugal itu melengkapkan kepulangannya ke Stamford Bridge pada 3 Jun lalu selepas 5 tahun meninggalkan The Blues. Menurut Starsport, pengurus yang digelar The Special One berusaha untuk mendapatkan jersi no.11 milik Mesut Ozil itu untuk anak lelakinya berusia 14 tahun, Jose Junior yang merupakan peminat setia playmaker Jerman itu. Mourinho sememang rapat dengan Jose Junior yang lebih mesra dipanggil The Kid.

Sementara itu, Mesut Ozil juga tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya apabila dapat bertemu semula dengan pengurus kesayangannya itu ketika beraksi bersama Real Madrid. Keakraban mereka jelas dapat disaksikan selepas tamat perlawanan apabila Ozil dan Mourinho berpelukan sebelum pemain kelahiran Jerman itu memberikan jersinya kepada bekas pengurusnya itu.

“Saya memberikan jersi saya kepada Mourinho kerana dia merupakan jurulatih terbaik di dunia dan saya menyayangi seperti seorang anak kepada ayahnya,” kata Ozil kepada Metro.co.uk.

Pada jendela perpindahan musim panas lalu, Jose Mourinho turut berusaha mendapatkan khidmat Mesut Ozil namun langkah Arsene Wenger lebih pantas untuk menandatangani playmaker Jerman itu dari kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid dengan yuran perpindahan dianggarkan bernilai £42.5 juta. Kehadiran Ozil yang digelar ‘King of Assist’ itu berjaya memacu Arsenal untuk menggunguli persada Liga Perdana Inggeris dengan 22 mata selepas 9 perlawanan.

This entry was posted in Coretan and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply