[CORETAN] AARON RAMSEY HAMPIR MENJADI SEORANG PEMAIN RAGBI

aaron-ramsey-vs-jack-wilshereBintang tengah Arsenal, Aaron Ramsey mengakui dirinya meminati sukan ragbi dan hampir menyertai sebuah kelab ragbi di Wales. Darah atlet sememangnya mengalir panas dalam tubuh Ramsey lantaran ibunya, Marlene merupakan seorang pemain hoki manakala bapanya, Kevin pula adalah seorang pemain bola sepak amatur. Berkat sokongan daripada ibu bapanya, Aaron Ramsey diberi kebebasan untuk menyertai sukan yang diminatinya.

Ketika di bangki sekolah, Aaron Ramsey pernah menjadi buruan pencari bakat dari kelab ragbi, St. Helens RLFC yang meminati aksi pemain kelahiran Caerphilly,Wales itu selepas menyaksikan Ramsey bermain dalam beberapa perlawanan bola sepak sebagai seorang winger. Namun, hasrat wakil kelab ragbi St. Helens itu terhalang apabila Ramsey telah menandatangani kontrak dengan akademi bola sepak Cardiff City.

Aaron-Ramsey-vs-Everton-April-2013Pemain antarabangsa Wales berusia 22 tahun itu mengakui bakat besarnya dalam bola sepak mula dikesan ketika di bangku sekolah oleh bekas pengurus pasukan remaja Cardiff City, Gary Lewis yang kemudiannya berjaya memujuknya menyertai kelab yang berpangkalan di ibu kota Wales itu. Aaron Ramsey dinilai sebagai antara permata yang bakal menyinar dalam arena bola sepak.

“Ragbi sungguh menyeronokan dan saya turut bermain ragi ketika di sekolah. Tetapi saya lebih meminati bola sepak dan akhirnya saya terpaksa memilih salah satu daripadanya,” kata Ramsey kepada laman rasmi Arsenal.com.

“Saya mula berhenti bermain ragbi ketika berumur 8 tahun kerana pada usia itu saya memilih untuk bermain bola sepak.”

“Malah beberapa pencari bakat bola sepak sering memantau saya tetapi saya sudah bermain untuk Cadiff ketika itu dan tiada sebab untuk saya kembali bermain ragbi.”

Aaron+Ramsey+Wenger+choice“Kemudiannya (pada 2008), saya telah berjumpa dengan Arsene Wenger dan berbual dalam banyak perkara. Dia memberitahu bahawa dia mahukan saya menyertainya. Dia akan memberi peluang kepada pemain-pemain muda, jadi saya rasa saya telah membuat keputusan yang tepat,” kata Ramsey lagi.

Selain meminati sukan ragbi, Ramsey juga merupakan seorang atlet olahraga yang aktif ketika zaman persekolahnya. Pemain yang memiliki ketinggian 1.82m itu merupakan seorang atlet pentathlon yang pernah menjadi juara bagi Persatuan Olahraga Sekolah Wales. Aaron Ramsey juga pernah menduduki tempat ke-4 bagi acara pentathlon di Great Britain pada 2006 ketika berusia 16 tahun.

This entry was posted in Coretan and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply