[BULETIN] YENNARIS SERTAI AFC BOURNEMOUTH SECARA PINJAMAN

Nico-Yennaris-Arsenal-vs-AnderlechtPemain muda Arsenal, Nico Yennaris sah bakal menyertai kelab Liga Kejuaraan, AFC Bournemouth sehingga 2 Januari 2014. Pemain tengah versetail itu yang juga mampu beraksi baik di posisi bek kanan merupakan sebahagian daripada produk akademi Arsenal telah berjaya melakukan debut ketika menentang Manchester United di Stadium Emirates pada 22 Januari 2012.

Pemain kelahiran Leytonstone, London menyertai akademi Arsenal pada 2001 ketika berusia 7 tahun. Kini, Yennaris merupakan tonggak utama skuad Arsenal B-21 yang uga merupakan kapten Arsenal B-19 yang beraksi dalam kejohanan NextGen Series, kejohanan elit Eropah untuk pemain-pemain remaja musim lalu. Pemergian pemain berusia 20 tahun itu ke AFC Bournemouth untuk menimba pengalaman dalam skuad utama.

Nico+Yennaris+Arsenal+youngster“Saya mencari tempat yang bagus untuk menghabiskan tempoh pinjaman. Saya perlu bermain dalam skuad utama dan menimba pengalaman. Jadi saya berharap agar ia akan terjadi nanti,” kata Yennaris kepada Arsenal.com.

“Saya telah bercakap dengan pengurus mengenai perkara ini dan dia engatakan ini merupakan sesuatu yang bagus untuk saya dapat beraksi dalam banyak perlawanan bagi menimba pengalaman.”.

Nico Yennaris merupakan pemain yang memiliki darah campuran Cypriot-Cina namun dilahirkan di London, England. Di peringkat antarabangsa, pemain berusia 20 tahun ini pernah beraksi bersama skuad England B-17, England B-18 dan England B-19 setakat ini Namun, pemain tengah versetail ini juga boleh mewakili Cyprus dan China berdasarkan kerakyatan ibu dan bapanya.
Buat Nico Yennaris, selamat maju jaya.

This entry was posted in Buletin and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply