[BULETIN] WILSHERE IKUT JEJAK LANGKAH ROBIN VAN PERSIE

Jack-Wilshere-goal-vs-MarseilleBintang tengah Arsenal, Jack Wilshere mengikut jejak langkah bekas rakan sepasukannya, Robin van Persie apabila meledak 2 gol dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah. Pemain berusia 21 tahun itu memecah kebuntuan gol seawal minit pertama sebelum mengandakan jaringan pada minit ke-65 ketika menentang Marseille awal pagi tadi. Kemenangan itu meletakan Arsenal terus unggul di persada kumpulan F dengan 12 mata namun diekori rapat oleh Napoli dan Borussia Dortmund yang mengumpul 9 mata.

Jaringan pertama Wilshere hadir selepas melakukan gerakan solonya dari sebelah kanan dan memperdayakan pertahanan Marseille sebelum melepaskan sepakan lencong kaki kiri ke penjuru kanan gawang Steve Mandanda. Pemain antarabangsa England terus membuktikan kecemerlangan apabila bijak membaca hantaran Mesut Ozil sebelum melakukan sentuhan penyudah untuk gol kedua Arsenal pada minit ke-65.

Dua jaringan tersebut menjadikan Wilshere pemain Arsenal pertama yang menjaringkan 2-0 dalam satu perlawanan Liga Juara-Juara Eropah selepas Robin van Persie melakukannya pada 23 November 2011 ketika The Gunners menewaskan Borussia Dortmund 2-1 di Stadium Emirates. Sementara itu, laman rasmi UEFA mengumumkan bahawa gol Wishere itu tercipta ketika perlawanan baru berusia 29:56 saat.

Jaringan itu meletakkan Wilshere selaku pemain Inggeris yang menjaringkan gol terpantas dalam Liga Juara-Juara Eropah mengatasi rekod yang dipegang oleh penyerang Manchester United, Wayne Rooney. Kali terakhir gol Liga Juara-Juara Eropah dijaringkan di bawah 30 saat dilakukan oleh bek kiri Bayern Munich, David Alaba ketika perlawanan baru berusia 25.02 saat dalam perlawanan menentang Juventus pada 2 April 2013.

This entry was posted in Buletin and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply