[BULETIN] LUKAS PODOLSKI KEMBALI JALANI LATIHAN PENUH

Lukas+Podolski+Arsenal+back+on+trainingThe Gunners menerima khabar gembira apabila penyerang antarabangsa Jerman, Lukas Podolski kembali menjalani latihan penuh bersama skuad utama Arsenal selepas diketepikan hampir 3 bulan kerana dihimpit masalah kecederaan. Penyerang berusia 28 tahun itu mengalami kecederaan hamstring yang teruk ketika membantu Arsenal menewaskan Fenerbahce pada 27 Ogos lalu.

Namun, Podolski hanya dapat diturunkan dalam perlawanan menentang Everton pada 8 Disember ini. Sementara itu, dua bintang muda Arsenal, Alex Oxlade-Chamberlain dan Yaya Sanogo akan terus disisihkan sehingga awal tahun selepas belum pulih dari kecederaan masing-masing sementara Abou Diaby pula dijangka akan kembali pada Mac nanti selepas dihimpit kecederaan ligamen lututnya.

Thierry-Henry-and-Robert-Pires-training-in-ArsenalSementara itu, dua lagenda The Gunners, Thierry Henry dan Robert Pires turut menyertai sesi latihan skuad utama Arsenal di London Colney semalam. Namun, pengurus Arsenal, Arsene Wenger menegaskan bahawa kepulangan kedua-dua pemain itu hanya untuk mengekalkan kecergasan masing-masing. Thierry Henry, 36, kini sedang berehat sempena cuti musim sejuk di Major League Soccer (MLS) sementara Robert Pires, 40, pula berada di penghujung kariernya selaku pemain bola sepak professional.

Wenger mengalu-alukan kehadiran dua bekas tonggak skuad kebangsaan Perancis itu menjalan sesi latihan bersama The Gunners di mana kehadiran mereka mampu menyuntik motivasi dan ransangan semangat kepada pemain-pemain Arsenal. Skuad bimbingan Arsene Wenger kini giat menjalani latihan menjelang perlawanan Liga Juara-Juara Eropah menentang Marseille awal pagi nanti.

This entry was posted in Buletin and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply